Tuesday 8 January 2013

Mencari Madu Disebalik Hempedu : KETENTUAN MU


KETENTUAN MU

Danial,jumaat ini akan diumumkan keputusan permohonan melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam” kata khairi sambil merenung wajahku.
oh, kalau begitu kita boleh semak sama-sama keputusannya nanti” balasku ceria walaupun sebenarnya hati ketika itu diselubungi kebimbangan.

            Aku tidak mengatahui mengapa malam tersebut merupakan malam yang sangat menyempitkan dadaku.Al-quran sudah dibaca,solat sunnat witir sudah ditunaikan.Tetapi fikiranku masih resah mengingatkan akan keputusan permohonan ke IPTA akan diumumkan esok.Pelbagai persoalan bermain difikiranku.Tidak dapat dinafikan aku langsung tidak dapat tidur pada malam tersebut.

            Keesokkan paginya selesai solat subuh berjamaah,  aku duduk beri’tikaf di masjid seketika untuk mententeramkan hati yang berkecamuk memikirkan keputusan yang bakal aku perolehi. Mana tidak nya,  menyambung pengajian ke institut pengajian tinggi awam merupakan impian ku sejak aku menetapkan keputusan menyambung pengajian di Tingkatan 6.  Semua tawaran daripada kolej-kolej swasta aku tolak kerana aku melihat peluangku lebih cerah dikala berpentaskan Tingkatan 6 sebagai tiket ke IPTA.

            Seusai solat dhuha, sengaja aku dirikan solat sunnat hajat bagi memohon supaya Allah swt memberikan aku yang terbaik, keputusan yang terbaik, ipta yang terbaik untuk agamaku dan masa depanku.  Tidak aku sedar air mata lelaki yang selama ini banyak ku tahan,tumpah akhirnya membasahi pipi ketika itu. Terasa tiada kudrat pada ketika itu melainkan sepenuh pengharapan kepada Allah swt.

            Masih teringat akan pesan Ustaz Yusof “jangan bimbang soal rezeki,setiap orang Allah swt telah tetapkan rezekinya.Orang yang kufur ingkar pun Allah swt jamin rezekinya,inikan pula kita yang jaga solat 5 waktu,bantu agama Allah swt,tegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar.Pasti Allah swt akan bantu kita” kemudian dibacakan ayat ke 7 daripada surah muhammad yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu”.  Alhamdulillah,  memang benar dengan mengingati Allah swt hati menjadi tenang tenteram. Terasa kebimbangan dihati hilang seperti burung yang terlepas daripada jerat si pemburu. Subhanallah...

Alhamdulillah, Erin dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia

Alhamdulillah ,Afif dapat menyambung pengajian ke Universiti Sains Islam Malaysia

Alhamdulillah, Nursyafiah,Kursiah dan Ema berjaya menyambung pelajaran ke Universiti Teknologi Mara

            Satu persatu berita gembira sampai kepadaku mengenai perihal kejayaan sahabat-sahabat untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam.Aku sama sekali tumpang gembira dan bersyukur atas kejayaan sahabat-sahabat  yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Jujur aku gembira dan bimbang pada ketika itu.

            Selepas solat jumaat, aku segera bergegas ke cafe internet untuk mengatahui keputusan ku. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku pada ketika itu. No kad pengenalan aku taip perlahan-lahan diruangan yang disediakan. Terasa sejuk seluruh tubuh, jari ku tekan pada butang enter di papan kekunci komputer sambil mata ku tutup rapat, tidak aku hiraukan lagi orang-orang di kanan dan kiriku.

            Dukacita dimaklumkan permohonan anda GAGAL.. Itu yang terpampang di skrin komputer dihadapanku. Ya Allah, terasa gelap seketika dunia ini. Hancur harapan aku untuk menyambung pengajian. Tergambar wajah ayah dan ibu di rumah yang sedang menanti berita dariku.Terasa ingin aku pergi sejauh yang mungkin dari dunia ini agar tidak ada siapapun yang boleh tahu akan hakikat ini. Tuhan, terasa berat ujian Mu ini Ya Allah. Air mata ku tumpah tanpa ada amaran, orang di kiri kananku tidak aku hiraukan. Air mata hangat mengalir deras ketika itu. Tergambar wajah ceria sahabat yang berjaya menyambung pengajian. Ya Allah bagaimana aku mampu berhadapan dengan mereka. Tidak cukupkah pointer 3.23 yang aku perolehi dalam STPM untuk melayakkan aku menyambung pengajian di peringkat sarjana muda. Aku mula bermonolog sendirian. Fikiran aku buntu, sedih dan hampa. Kemana hala tujuku selepas ini.

            Setiba aku dirumah, air mata yang baru mulai kering tiba-tiba kembali deras, melihat senyuman ibu yang berkaca dengan penuh harapan anak lelaki sulungnya boleh menyambung pelajaran ke menara gading. Mulutku terkunci, mata tidak mampu melihat wajah ibu yang bakal dihancurkan harapannya. Aku terdiam, soalan ibu tidak aku mampu jawap. Hanya air mata kekecewaan mengantikan tugas mulut untuk berkata-kata. Mulut seolah-olah hilang fungsinya. Aku kecewa. Ya Allah ampuniku atas kelemahan aku menerima qada’ dan qadar Mu.

            4 hari aku mengurung diri didalam rumah. Talifone bimbit aku matikan. segala komunikasi aku dengan dunia luar aku hentikan. Aku tidak mampu berhadapan dengan dunia ketika itu, kekecewaan menyelimuti diri sehingga aku tidak mampu berkata-kata. Hanya Air mata menjadi teman karib mengisi ruang kosong diri ketika itu.

Latihan silat yang menjadi rutin aku setiap minggu aku hentikan. Malu dan kecewa dengan soalan maut “dapat Universiti mana?”. Terasa kerdil diri ini, harapan untuk bangun dan kembali berjuang mendapatkan tempat di IPTA seakan-akan hilang. Kini matlamatku beralih kepada pekerjaan. Aku sudah tidak mahu lagi berjuang di medan ilmu, biar aku bekerja.Bisikku sendirian.....

No comments:

Post a Comment