Tuesday 8 January 2013

Mencari Madu disebalik Hempedu : SURUHAN IBU



SURUHAN IBU

            Malam tersebut seperti biasa, seusai pulang daripada masjid. Sudah menjadi rutin duduk di hadapan komputer. Menekan papan kekunci membuka laman sesawang “Facebook”. Sudah menjadi satu medium perhubungan antara kami adik beradik dan sahabat, medium perkongsian maklumat dan ilmu di alam maya. Malam tersebut satu maklumat di dalam peti masuk akaun “facebook” menjadi pemula kepada lakaran kehidupanku.  Menukar warna kehidupan serta membawa sinar baru dalam hidupku yang masih terumbang dek terhempas kesan daripada kegagalan melanjutkan pelajaran. Maklumat tersebut dihantar oleh kakyong(gelaran bagi kakak sulung) yang begitu mengambil berat akan kemajuan pelajaran adiknya. Maklumat tersebut merupakan iklan permohonan unuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UITM) untuk sesi 2009.
Hati pada waktu itu seakan-akan layu dengan harapan untuk melanjutkan pelajaran.Apatah lagi memohon kemasukkan ke IPTA untuk kali kedua.Cukup perit rasanya menempuhi kegagalan kali pertama, aku merasa lelah untuk menempuhinya buat kali kedua.Maklumat tersebut aku abaikan,,.

            Keesokkan paginya seperti biasa, selepas selesai menunaikan solat subuh berjamaah di masjid. Setiba dirumah, mak yang masih bertelekung, langsung duduk memanggilku seakan-akan ada suatu perkara penting yang hendak di maklumkan. “semalam kakyong talifone,katanya permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke UITM dan dibuka, dia suruh mohon, katanya semua online”  kata mak memaklumkan sesuatu yang telah aku ketahui. “mak harap danial isi permohonan tu, mungkin rezeki danial di sana” pujuk mak memberi kata-kata motivasi.Naluri seorang ibu memang hebat. Mak seakan-akan dapat membaca apa yang tersirat dihati anaknya. Sebenarnya aku tidak mahu ingin memohon lagi. Aku sudah letih dengan kegagalan lalu.Bagiku kegagalan itu sangat menyakitkan, tetapi arahan ibu wajib aku patuhi.

Malam tersebut aku mengisi segala keperluan maklumat untuk memohon. Segalanya lancar sehingga tiba bahagian dimana memerlukan aku mengisi 8 kursus pilihan. Aku teliti semuanya, tidak ada satu pun yang menjadi minatku. Aku berhajat untuk menjadi seorang guru. Setelah sekian lama termenung sambil menatap skrin komputer. Akhirnya aku memilih kursus yang aku rasa “ok”. Lalu dengan perasaan yang kosong. Butang “hantar” aku tekan sebagai penyudah proses permohonan online. Tetapi akal masih melihat kerja sebagai jalan terbaik.

No comments:

Post a Comment