Tuesday 8 January 2013

Mencari Madu Disebalik Hempedu :ALLAH SWT SEDANG MENGUJIMU &LIDAH LEBIH TAJAM DARI MATA PEDANG


ALLAH SWT SEDANG MENGUJIMU

Keesokkan paginya aku segera keluar awal pagi sekitar jam 6.45 menuju ke UITM Bukit Sekilau yang menjadi tempat temuduga pada hari itu. Ujian bermula sejurus sampai ke kampus UITM bukit sekilau, bilamana aku terpaksa menunggu bermula jam 7.00 pagi sehingga 12.30 petang sebelum ditemuduga. Dalam keadaan letih dan tak bermaya, aku terus menanti.

Penantian tersebut berakhir bilamana kami para peserta temuduga dipanggil masuk ke sebuah dewan setelah hampir 4jam lebih menunggu. Tetapi ada hikmah disebalik ujian tersebut kerana peluang tersebut dapat aku gunakan untuk membaca sedikit bahan mengenai media dan kewartawanan.

Soalan diatas kertas berbunyi “ write a reasons why you want to be a reporter, and elaborate about your self”. Ya Allah, aku tak minat bidang media dan komunikasi. Bagaimana aku mampu menyatakan bahawa aku berminat untuk menjadi seorang wartawan sedangkan bidang media dan komunikasi bukan minatku. Ya Allah, aku serahkan segalanya pada-Mu.

Aku mula mengarang, memang susah mengarang sesuatu yang bukan daripada bidang yang kita minati dan jauh sekali menjadi fokus kerjaya di masa hadapan. Andai ini temuduga perguruan, detikku sendirian....

LIDAH LEBIH TAJAM DARI MATA PEDANG

Danial! Cuba lihat siapa memberi salam diluar rumah,mak dengar ada orang bagi salam tadi.Kata mak yang sedang melipat kain jemuran yang sudah kering.

Waalaikumussalam! Oh Mak Wan,jemput masuk .Mak Wan merupakan jiran kepada mak yang tinggal berhampiran dengan taman yang kami diami. Sudah menjadi kebiasaannya menziarahi mak dikala waktu petang.

Memang sudah didik oleh mak.Bila mana tetamu datang kami adik beradik akan ke dapur, baik lelaki mahupun perempuan. Kerana mak mendidik kami untuk ringan membantu perkerjaan di dapur. Kakak menggoreng karipap yang sudah disiapkan oleh mak, manakala aku dan adik menyediakan air minuman. begitulah kami adik beradik bilamana tetamu datang.

Aku mengangkat dulang untuk dihidangkan di ruang tamu. Sejujurnya aku tidak suka kerja hidang menghidang ini, kerana kebiasaannya penghidang akan menjadi topik perbualan selepas itu. Akhirnya apa yang aku bimbangi terjadi.

Talam dan gelas beserta jug air diletakkan diatas meja. Tiba-tiba seperti halilintar memanah diriku dengan satu soalan maut daripada Mak Wan. “Danial dapat Universiti Mana?”.Seperti burung yang mandikan minyak panas. Seluruh tubuhku mengeletar menahan kekecewaan yang terbuku dihati. Luka yang baru kering darah kembali menanah. Mak seakan-akan memahami diriku menjawap dengan wajah yang tenang tetapi bersalut kekecewaan. “Danial tak dapat mana-mana lagi”.Ya Rabb! Air mataku seakan-akan mahu tumpah.

Tidak cukup dengan soalan maut, Mak Wan dengan selamba dan tiada nada bersalah mahupun simpati memberi respon “Takpa Universiti ini tempat orang bijak pandai sahaja”. Aku seperti disimbah dengan air longkang sebentar tadi kini aku dilumuri najis pula. Sungguh sadis perkataan tersebut. Hati aku bagai ditikam dengan pisau yang begergaji!. Benar kata pepatah “lidah itu lebih tajam daripada mata pedang”..terima kasih Mak Wan...

No comments:

Post a Comment