Tuesday 8 January 2013

About PMH



Hidup bepersatuan dialam Universiti memang membuahkan banyak kenangan manis dan pahit yang sukar dilupakan mahupun ditukar ganti. Pastinya mereka yang berpengalaman menyertai persatuan, terlibat dalam gerakkerja bagi menjayakan sesuatu program akan melalui pelbagai halangan dan cabaran.

Bagi Persatuan Mahasiswa hadhari (PMH). Merupakan persatuan yang bernaung dibawah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CiTU) UiTM. Persatuan yang banyak membantu pihak CiTU melancarkan program berunsur dakwah dan kerohanian didalam kampus induk UiTM Shah Alam.

Satu perkara yang menarik yang ingin dikongsi sepanjang bergerakkerja bersama didalam persatuan PMH ini ialah, kami ibarat Family, keluarga. Kerana wujudnya sikap saling sokong menyokong, saling menghargai, saling menjaga kebajikan masing-masing dan yang paling menarik saling rindu-merindui (berlandaskan syara’).

Mengapa dikatakan sedemikian??

Meting merupakan satu kebiasaan dalam melancarkan gerak kerja dan jika ditanya kepada mana-mana persatuan meting merupakan sesuatu yang tidak disukai dan kadang kala berakhir dengan pertelingkahan . Alhamdulillah ia tidak berlaku dalam PMH. Meting yang dilalui penuh dengan gelak ketawa dan senyuman. Baik dari Persiden hingga kepada exco sendiri. Sehinggakan terdapat dikalangan muslimat PMH yang ternanti-nanti bila diadakan Meting semata-mata rindu untuk berkumpul bersama-sama sahabat.

Tidak dinafikan PMH juga diuji dalam melaksanakan program. Tetapi ia tidak langsung membantutkan gerak kerja bahkan Majlis tertinggi dan exco saling mengisi kelompongan yang ada tanpa megira tugas dan jawatan. Semua ini terjadi kerana keikhlasan dan pengharapan ganjaran daripada Allah swt semata-mata untuk menyemai benih Islam di bumi tercinta UiTM.

Bermula dengan Konsert Amal Gaza, Sehinggalah Universiti Islamic Fiesta. Program dilalui dengan penuh kesungguhan dan wujud budaya bantu membantu sesama MT dan Exco. Setiap masalah yang timbul dibincang dan diselesaikan dengan cara yang baik dan rasional tanpa menjejaskan ukhuwah yang sedia terjalin.

Jauh sekali budaya cantas mencantas, berpuak-puak, benci membenci, dan kutuk mengutuk. Terbit perasaan sayang dan redha dengan kelebihan mahupun kekurangan sahabat-sahabat didalam PMH. Kini Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) sudah dikenali di UiTM sebagai persatuan yang bercorakkan dakwah kontemporari yang membawa program-program kerohanian yang memenuhi kehendak mahasiswa khususnya mahasiswa UiTM shah alam.

Semoga Persatuan Mahasiswa Hadhari terus memacu Mahasiswa UiTM kearah generasi berilmu dan berakhlak Mulia selari dengan visi PMH iaitu Membina Generasi Berilmu dan Berakhlak Mulia.

No comments:

Post a Comment