Sunday 23 December 2012

Islam bukan sekadar logik akal 3 : Sunnah menyimpan janggut


Hikmah Janggut di sebalik Sunnah Rasulullah SAW
Sabda Rasulullah SAW, ”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)
Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.
Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.
Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
SUBHANALLAH!
Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.
Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

To be a Better Man

Sekarang merupakan musim cuti persekolahan. Teringat sewaktu di bangku sekolah dahulu. Bila tiba musim cuti persekolahan, hati begitu gembira dengan pelbagai aktiviti dan perancangan yang dirangka untuk memenuhi waktu cuti persekolahan. Bagi budak luar bandar seperti aku. Cuti sekolah merupakan waktu yang sesuai untuk mencari duit tambahan supaya menjelang musim persekolahan baru, dapatlah bergaya dengan jam, kasut dan lain-lain untuk digayakan di sekolah.

Bagi melaksankan visi dan misi tersebut. Kebiasaannya perkerjaan yang paling mudah dilakukan dan mendapat pulangan yang agak bagus ialah mengambil upah membasuh pinggan, memasang khemah dan kerusi meja, menghidang lauk dan tentu sekali ia diwaktu Majlis Walimah atau Kenduri Kahwin.

Kerja membasuh pinggan, menyusun kerusi, dan pelbagai lagi kerja-kerja ringan diperlukan bagi memastikan kelancaran majlis. Oleh yang demikian, khidmat KAMI diperlukan. Masih segar lagi upah RM 80 ringgit sehari cukup lumayan sekiranya Majlis diadakan 2 kali seminggu selama sebulan! hehe boleh bayangkan kasut nike, beg sekolah baru, jam tanggan casio, dan lain-lain. Mewah-mewah.

Tetapi bukan perkara itu yang ingin di" highlight"kan disini. Tadi hanya mukaddimah sahaja. Kini baru masuk kepada topik kita "To Be A Better Man"..

Memandangkan sekarang musim perkahwinan. Terlalu banyak jemputan ke Majlis perkahwinan, baik dari sahabat yang jauh mahupun dekat. Perkahwinan merupakan fitrah manusia, iaitu manusia sehebat manapun jawatan mereka, sehebat manapun kekayaan yang mereka miliki, sebijakmana pun mereka dalam pelajaran. Tetapi semua itu tidak bermakna tanpa dikongsikan dengan orang yang disayangi dan dicintai. Kerana itu fitrah manusia untuk hidup berpasangan, mahu dimiliki dan memiliki, mahu mencintai dan dicintai, mahu membelai dan dibelai, mahu dihargai dan menghargai, mahu bahagia dan membahagiakan ! itu fitrah manusia.

dari sudut seorang insan yang bergelar PEREMPUAN. Perkahwinan merupakan salah satu perkara penting dalam hidup mereka. Kebahagiaan sebenar tergantung kepada sejauhmana perkahwinan itu berjaya dilayari. Andai bahtera perkahwinan yang dilayari karam ditengah perjalanan. Maka itu merupakan satu kegagalan dan titik hitam buat insan bernama PEREMPUAN itu tadi. 

Manusia mana yang mendambakan kehancuran rumah tangga. Pasti semua mendambakan rumahtangga yang terbina dapat dilayari dengan penuh kebahagiaan dan kesyukuran. Bahtera itu kukuh dan teguh walaupun dilanda badai Tsunami.

Untuk mendapatkan BAHTERA yang kuat dan teguh mestilah dimulakan dengan pemilihan " pembuat bahtera" itu sendiri. Dalam alam rumahtangga digelar "SUAMI".

Suami merupakan satu gelaran yang diberikan kepada seorang lelaki yang telah diberikan AMANAH kepadanya seorang ISTERI untuk dijaga dan diperlakukan dengan baik dan sesuai mengikut syara'. Maka sebelum bergelar SUAMI, terlebih dahulu dia digelar lelaki bujang. Lelaki inilah yang menjadi titik tolak kepada kuat atau lemah Bahtera rumahtangga itu.

Baik, untuk membina sebuah bahtera yang kuat perlukan bahan yang terbaik dan berkualiti. Bahan tersebut mestilah dipilih dan disaring agar bahan yang digunakan untuk membuat Bahtera tersebut benar-benar berkualiti.

Begitulah juga Bahtera rumahtangga, untuk membina Baitul Muslim, keluarga Muslim yang baik. Pemilihan itu bermula daripada pemilihan calon Isteri lagi. Ramai yang tersilap dalam meletakkan dasar pemilihan. Oleh sebab itu Rasulullah SAW bersabda :

تنكح المرأة لأربع لمالها ولحسبها ولجمالها ولدينها فاظفر بذات الدين تربت يداك

Maksudnya: dikahwini akan perempuan itu kerana empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dari kalangan mereka yang BERAGAMA nescaya kamu akan SELAMAT.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dasar itu penting kerana ia menentukan samaada Bahtera yang dibina benar-benar kukuh atau bakal karam dipertengahan jalan. Matlamat perkahwinan juga perlu jauh, bukan setakat sehidup semati. Tetapi sehingga syurga dan melihat wajah Allah swt kelak.

Oleh itu sebelum mencari isteri yang berkualiti seorang lelaki haruslah menjadi seorang lelaki yang mahir atau tahu akan perihal "KUALITI" itu. Analogi mudah, hanya jauhari mengenal manikam. Mutakhir ini ramai Lelaki, tetapi Lelaki yang bagaimana yang dikatakan kurang, itulah lelaki yang berkualiti, kualiti dari sudut kepimpinannya, kualiti dari sudut pergaulannya, kualiti dari sudut ibadahnya, kualiti dari sudut hubungan dengan ibunya, pendek kata semuanya berkualiti. Bagi menghasilkan Kualiti dalam diri perlu ada usaha untuk menerbitkan kualiti, dalam erti kata lain, perlunya penghijjrahan. Belian itu tidak akan dikenali dan tidak akan dimuliakan sekiranya berlian tersebut tidak berhijjrah dari tempat asalnya.

Begitu juga Lelaki. To Be A Better Man, perlukan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah swt, perbanyakkan ilmu, cuba melaksanakan amanah yang dipikul sebaik mungkin, dan memahami akan erti sebenar kehidupan. Hidup ini perjuangan, perjuangan samaada kita ke syurga atau ke neraka, perjuangan merebut redha Allah swt atau murka-Nya, perjuangan melaksanakan segala suruhan Allah swt dan menjauhi segala larangan-Nya. Pendek kata HIDUP INI PERJUANGAN...

Sebelum membina Bahtera, carilah bahan yang benar-benar berkualiti. Untuk mengatahui bahan tersebut berkualiti perlukan ilmu, dan untuk mencari bahan yang benar berkualiti perlukan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah swt dan perlaksaan niat tersebut mestilah selari.

Jadi sama-sama mulakan langkah To Be A Better Man.

sebagai penutup sedikit perkongsian lirik oleh R.William yang bertajuk : To Be A Better Man..hayati liriknya

Send someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain

Give me endless summer
Lord I fear the cold
Feel I'm getting old
Before my time

As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doing all I can
To be a better man

Go easy on my conscious
'Cause it's not my fault
I know I've been taught
To take the blame

Rest assured my angels
Will catch my tears
Walk me out of here
I'm in pain

As my soul heals through the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doing all I can
To be a better man

Once you've found that lover
You're homeward bound
Love is all around
Love is all around

I know some have fallen
On stony ground
But love is all around

Send someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain

Give me endless summer
Lord I fear the cold
Feel I'm getting old
Before my time

As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doing' all I can 
To be a better man

By: Shazli Sufi 


Wednesday 19 December 2012

PEMUDA DAN PEMUDI YANG DIJANJIKAN siri 1



Pemuda atau belia merupakan tonggak harapan agama,bangsa dan negara.Oleh sebab itu tenaga pemuda itu banyak faedah dan kebaikan jika berjaya digilap dan dicatur sebijak mungkin.Firman Allah swt:

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)

Mutakhir ini,kita banyak mendengar kepincangan yang berlaku.Terutama dalam kalangan pemuda dan pemudi,khususnya mahasiswa.Kepincangan demi kepincangan berlaku,sehingga tersebar luas wabak zina,wabak pembuangan bayi,wabak pengkid, dan pelbagai lagi wabak songsang yang semakin menular dalam kalangan pemuda dan pemudi kini.

Apakah salah ibu mengandung? Atau salah bapa yang menyuap rezeki? Atau salah guru dan pensyarah yang menitiskan ilmu?. Jawapannya mudah. Wabak ini hasil daripada penjajahan minda. Rosaknya tidak nyata, tetapi kesannya begitu bahang terasa.

Pelbagai pihak, baik dari sektor kerajaan mahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO) bertungkus lumus mencari jalan keluar kepada kemelut wabak ini.Tetapi ianya seakan-akan menemui jalan buntu.Pemuda dan pemudi semakin liar.Sehingga ada yang berani menggugut guru,berani melawan ibu,bahkan berani membunuh sekalipun.

Kemana hilangnya nilai kemanusiaan dalam diri pemuda dan pemudi kini. Adakah ia hanya retorik kosong yang diyatakan dan dilaungkan oleh misi dan visi pendidikan ,iaitu ingin melahirkan individu yang mempunyai sahsiah dan akhlak yang murni dan luhur.?

Sesungguhnya dunia kini ketandusan keperibadian pemuda dan pemudi, persis Sultan Muhammad al-Fateh. Pemuda awal 20 an yang berjaya menakluki kota kostantine. Dunia rindukan pemudi persis saidatina aisyah ra yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan Rasulullah saw. Dunia meratapi ,menangisi ketandusan ini. Menurut pepatah melayu “ Patah Tumbuh silih berganti”. Tetapi keperibadian pemuda matang dan bervisi seperti sultan Muhammad al Fateh dan lain-lain, hilang tidak berganti.

Pemuda dan pemudi sudah kecanduan cara hidup barat.Mengagungkan segenap idea dan corak kehidupan barat. Lalu ISLAM dipandang sepi, dipandang lekeh dan lesu seperti baju yang luntur warnanya. 
Menurut Abu A’la al Maududi dalam kitabnya “tanggungjawap pemuda” menyatakan , seandainya penjajah barat merampas harta benda kita, memeras kekayaan negara kita, membunuh, menghapuskan anak cucu kita habisan-habisan dan memusnahkan rumahtangga kita, maka kezaliman seperti itu tidaklah seburuk atau sejelik-jelik natijah jika dibandingkan dengan kezaliman yang mereka lakukan terhadap kita dalam bentuk menaburkan racun-racun tamaddun kebendaan, kebudayaan dan pengetahuan sains yang mengingkari kewujudan Tuhan dan moral akhlak yang runtuh.” .

Oleh sebab itu, mutakir ini pemuda dan pemudi banyak disogokkan dengan hiburan yang melampau serta membawa kepada kejelekkan akhlak dan pergaulan. Lebih menyedihkan lagi apabila terdapat segelintir pemuda dan pemudi yang meniru bahasa dan gaya hidup penjajah. Mereka menganggap bahawa bahasa sendiri adalah satu keaibpan sementara bercakap dalam bahasa penjajah satu kebanggaan bagi mereka. Ada di antara mereka yang merasa gelisah disebabkan mereka adalah orang-orang Islam sedangkan para penjajah adalah orang yang fanatik dengan ajaran kristian. Ada pula orang-orang Islam yang merasa bangga kerana mereka menyeleweng dari landasan Islam, disebabkan kebutaan mereka terhadap hukum islam itu sendiri. 


Mereka merombak tamaddun Islam yang luhur ini dengan segala makian atau tuduhan. Mereka menganggap dengan berbuat begitu, adalah cara untuk menambahkan kemuliaan, meningggikan kedudukan dan status mereka dalam masyarakat. Padahal penjajah-penjajah barat tetap merpertahankan peradaban dan tradisi mereka yang lapuk dan berpegang teguh dengan akidah mereka yang lemah.

Jadi kita umat islam akan terus lemah dan ditindas oleh musuh-musuh islam.Kerana kejahilan kita terhadap agama kita sendiri.Maka wujud pemuda dan pemudi islam yang namanya Islam tetapi cara hidupnya sangat jauh dan terpesong dari ajaran Islam.

Tetapi tidak wajar sekiranya 100 peratus kesalahan ditimpakan atas bahu para pemuda dan pemudi.Masyarakat islam mutakhir ini dilihat cenderung kepada satu sindrom,iaitu sindrom mandul perasaan.Mandulnya perasaan masyarakat islam kini,sehingga para pemuda dan pemudi bukan mahram yang bermadu asmara di khalayak dibiar,pendedahan aurat yang mengundang dosa dan perzinaan dibiar lahir segar.Perasaan seolah-olah mandul untuk melahirkan rasa marah,mahupun sedih melihat generasi pelapis Islam akan datang musnah dibuai mimpi dendangan musuh-musuh islam yang sememangnya benci kepada Islam itu sendiri.

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.

Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.

By: Mohammad shazli sufi bin che unik
                                                  

Saturday 1 December 2012

Al-quran sebagai penawar 1: Ikhtiar daripada gangguan jin dan syaitan

mutakhir ini gejala kerasukkan, sakit misteri, dan lain-lain semakin menjadi-jadi. Ada yang terpaksa menghabiskan jutaan ringgit untuk mendapatkan kembali kesembuhan dan ketenangan yang telah hilang kerana kejadian yang tidak diketahui puncanya.
gambar hiasan

Oleh itu Islam merupakan agama yang syumul (menyeluruh) mencakupi segenap aspek kehidupan manusia. Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk bagi orang yang beriman.

Gejala kerasukkan Jin
tidak dapat dinafikan kewujudan Jin di atas muka bumi ini. Tetapi setiap sesuatu itu Allah swt turunkan dengan penawarnya. Teringat akan ilmu yang diperoleh dari salah seorang pengamal perubatan Islam Darussyifa'. Katanya "Allah swt menurunkan penyakit beserta penawarnya".

Manzil-Sebagai benteng daripada Gangguan Jin

'MANZIL' mengandungi beberapa ayat al-quran yang telah diajar oleh Rasulullah SAW kepada sahabat RA sebagai shifa'(penawar dan ubat) dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta sebagai pelindung dari sihir.Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat d dlm kitab "HAYATUS SAHABAH" (Jld 3 ms 374)yang dikarang oleh as-Syeikhul Kabir Maulana Yusuf rah.Hadith ini telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad,Hakim dan Tirmizi.

Ubai Ibn Kaab RA meriwayatkan :Sewaktu bersama Rasulullah SAW,seorang badwi telah datang kepada baginda dan berkat,"Ya Rasulullah SAW ,saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit."Penyakit apa?"bertanya Rasulullah SAW "Sejenis gila"menjawab orang tersebut.Rasulullah membacakan surah al-fatihah,4 ayat pertama Surah Al-Baqarah .Ayat yg bermula dgn Wailahukum ilahun wahid....,ayat Kursi dan dua ayat seterusnya ,3 ayat terakhir al-Baqarah,ayat Syahidallah annahu...terakhir dari surah al-Mu'minun(Fataaalallahuuumalikul haq...,ayat dari surah al-Jin (Waaannahu ta,ala),sepuluh ayat pertama surah Wassaat,tiga ayat terakhir dari surah Al-Hasyr,Surah al-ikhlas,Surah al-Falaq dan surah AN nas. 

Fadhilat Manzil ini terlalu banyak .Dari pengalaman kebanyakan orang,Manzil ini sangat mujarab untuk menyembuh penyakit sihir,jin dan lain-lain.Dua cara untuk mengubati pesakit ialah dengan pesakit sendiri membaca ayat2 tersebut ataupun org lain boleh membacakan dan menghembus di atas air.Air ini diminum oleh pesakit. 

Selain "Manzil" terdapat juga ayat"MUNJIYAT" yang diperolehi dari pengalaman Ibn Sireen Rah untuk melepaskan diri dari kesusahan dan ayat-ayat syifa' dari pengalaman Imam Abu Qassim Qushairi .

Suatu perkara yang sgt penting dalam mengamalkan ayat-ayat "Manzil " ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh (menumpukan sepenuh perhatian kepada allah SWT).Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap allah sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat .Tiadak syak lagi bahawa nama-nama ALLAH SWT dan kalimat-kalimatnya mengandungi terlalu banyak berkat.
   

Nama Berisiko diganggu

 

AYAT-AYAT MANZIL 

Ayat 1-5 Al Baqarah
Ayat 102 Al Baqarah
Ayat 163-164 Al Baqarah
Ayat 255 Al Baqarah (Ayatul Kursiy)
Ayat 285-286 Al Baqarah
Ayat 18-19 Ali Imran
Ayat 54-56 Al 'Araaf
Ayat 117-122 Al 'Araaf
Ayat 81-82 Surah Yunus
Ayat 69 surah Taahaa
Ayat 115-118 surah Al Mukninuun
Ayat 1-10 surah Ash Shaaffaat
Ayat 29-32 surah Al Ahqaf
Ayat 33-36 surah Ar Rahman
Ayat 21-24 surah Al Hasyr
Ayat 1-9 surah Jinn
AL Ikhlas
Al Falaq
An Naas

MP3 Bacaan Ayat Manzil (sheikh Saad Al ghamidi) percuma..