SOALAN
Salam,
saya pernah terlanjur dengan boyfriend tapi itu bukan atas kerelaan saya. Saya
dipaksa melakukannya. Dalam hati, tidak sedikit pun terlintas perasaan itu.
Saya menolak tapi dia tetap memaksa. Sekarang saya ingin tahu adakah Allah akan
menerima taubat saya setelah saya terlanjur? Saya berasa sangat sedih, jijik
dengan diri dan hidup saya sudah tidak tenteram. Hati saya selalu tidak tenang.
Saya merasakan Allah tidak akan menerima taubat saya. Tolonglah bantu saya.
-
Soalan melalui ruangan komen di artikel lepas-
JAWAPAN
Pertamanya,
saya ucapkan syabas kerana saudari masih mempunyai iman dan punyai ilmu tentang
haramnya tindakan itu, kerana itulah timbul perasaan takut, kesal, tidak tenang
dan takut. Sekiranya perasaan itu makin menghilang, ia tanda iman juga semakin
meluntur dengan sangat teruknya.
Ia
bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :
من
سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ
Ertinya
"Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa
buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat
At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya
sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )
Apa
yang perlu dilakukan kini adalah meneruskan taubat. Taubat sebenar yang akan
diterima Allah adalah dimulai dengan rasa penyesalan amat sangat dan diturut
dengan beberapa amalan di bawah. Antara package dalam taubat di dalam Islam
adalah seperti berikut :-
1)
Bertaubat dengan sungguh-sungguh.
Kesal
dan menangisi dosa yang dilakuakn dengan azam untuk TIDAK mengulanginya.
2)
Tidak berjumpa teman lelaki atau 'dating' berdua-duaan dengannya.
Jika
jumpa sekalipun, perlu diajak ahli kelurga yang tegas dalam soal hukum Islam
bersama ( Jika tidak tegas, ia sama seperti tiada). Jika tiada abang, hanya
berjumpa di rumah saudari dengan kehadiran ibu bapa (yang juga dari kalangan
yang prihatin dan mesti mereka sentiasa bersama). Jika tidak mampu juga,Maaf !.
Saudari tiada pilihan lain kecuali mesti mencari jalan untuk mampu
melakukannya.
Jika
tidak, saudari pasti akan terus mengulangi zina pada satu hari nanti. Selepas
itu, segala pintu iman akan semakin tertutup rapat buat saudari, peluang
menjadi terus terhina dan melahirkan zuriat yang tidak soleh juga
semakin membesar sebagaimana Allah memberi amaran. "Di dalam hati mereka
dibiarkan berpenyakit lalu Allah menambah penyakit mereka" ( Surah
Al-Baqarah)
Syahwat
seksual dan zina adalah sama seperti dadah dan kegilaan harta material, ia
boleh membawa seseorang menjadi mabuk dan lupa segala-galanya. Sebagaimana
hadis yang telah saya bawakan dahulu iaitu :-
لو
كان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَ
إلا التُّرَابُ
Ertinya
: Sekiranya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu
mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan ke dalam perutnya
kecuali tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )
Demikian
juga perihalnya dengan nafsu syahwat seksual. Ia merupakan satu penyakit
dalaman yang serius serta amat sukar dirawati. Ia sama sekali tidak boleh
dipuaskan jika tidak dikawal dengan iman.
3)
Mencari rakan wanita yang solehah di sekitar saudari.
Ini
adalah satu tindakan yang baik, kerana dalam keadaan demikian, saudari
memerlukan kaunseling berterusan dan kerap. Ia tidak akan diperolehi jika
saudari berkawan dengan rakan yang seperti tingkah laku saudari sekarang. Jika
susah untuk mendapatinya, sertailah kumpulan dan NGO yang mengumpulkan
wanita-wanta baik dan berprogram bersama mereka seperti. Antara contohnya,
sertai NISA', ABIM, JIM, ISMA dan lain-lainnya.
Ia
adalah saranan Nabi s.a.w :-
إنما
مثل الجليس الصالح والجليس السوء كحامل المسك ونافخ الكير فحامل المسك إما أن يحذيك
وإما أن تبتاع منه وإما أن تجد منه ريحا طيبة ونافخ الكير إما أن يحرق ثيابك وإما أن
تجد ريحا خبيثة
Ertinya
:
Sesungguhnya perumpaan rakan yang baik dan yang jahat itu, ibarat rakan
pembawa minyak wangian dan tukang besi peniup api ; adapun rakan baik
adalah seperti
pembawa wangian, ia (membawa kesan kebaikan) iaitu samada ia akan
menghadiahkanmu wangian, atau kamu membeli darinya ataupun kamu akan
dapat
bauan wanginya juga. Manakala rakan buruk seperti tukang besi penyala
api, samada ia akan membakar bajumu atau akan mendapati bauannya
(peluh) yang tidak enak" ( Riwayat Muslim, no 4762 )
Hasilnya,
wajiblah mencari rakan yang baik. Termasuk mencari teman lelaki yang baik.
Antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH MEMBICARAKAN SOAL
SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAWAT denganmu sama ada melalui sms, telefon atau
berdepan, SELAGIMANA DIA belum bernikah denganmu. Mana-mana lelaki yang
membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak
layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka
juga bertaubat.
4)
Berkenaan ayat dan surah tertentu.
Ada
yang bertanya ayat tertentu untuk bacaan harian agar terjauh dari zina. Hakikatnya
dalam Islam, sekadar mengalakan ayat tertentu tanpa menghayati ertinya, masih tidak
mampu menjamin terjauh dari zina serta membawa kesan dan perubahan ke arah yang
lebih baik. Pun begitu, jika masih ingin amalkan ayat tertentu,maka baca dan
fahamilah ayat berkenaan dosa zina banyak-banyak, moga ia dapat menghindarkan
diri darinya.
Ayatnya
adalah firman Allah:-
الزَّانِيَةُ
وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم
بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ
الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ
Ertinya
: "Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka sebatlah
tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas
kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika
kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan)
hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman" (
Surah An-Nur : 2)
5)
Memperbaiki solat dan memperbanyakkan amalan.
Saudari
mengatakan saudari solat tetapi masih gagal mengawal nafsu, Ini bererti solat
saudari perlu diperbaiki kerana solat merupakan antibodi terkuat dalam Islam
untuk mengawal nafsu.
Allah
swt mengarahkan mereka yang bertauat untuk mengriigi dosanya dengan
memperbanyakkan amalan soleh, dengan harapan rahmat dan belas Allah akan
melebihi murkanya.
KESIMPULAN
Saudari
menyatakan saudari ‘tidak rela' , ada dua perkara di sini :-
Pertama
: kerelaan untuk berzina tu bukan semestinya dalam bentuk kita setuju semasa
kejadian tu sahaja, tetapi berdua-duaan dan berada dalam keadaan yang
membolehkan zina itu berlaku itu sendiri adalah TANDA KERELAAN SEBENARNYA.
Kiranya saudari tidak keluar atau berdua-duaan dengannya, pasti dia pun TIDAK
boleh memaksa.
Maka
puncanya tetap dari kesalahan saudari juga. Justeru, putuskan hubungan
dengannya sama sekali dan jangan ulangi keluar dengan lelaki asing berdua-duaan,
khususnya di tempat yang membolehkan berlakunya zina atau rogol. janganlah
beralasan bahawa 'terlalu cintakannya' , 'terlalu sayangkan dia'
sehingga tidak mampu untuk berenggang dan putus darinya. Semua itu
hanyalah nafsu dan bukan cinta dan sayang yang suci, ia adalah 'ibarat
cinta dan sayang seorang penagih dadah kepada dadah' sehingga sukar
berpisah darinya. Memang sukar, namun perlukan azam kuat dan menempuh
tembok syaitan dan nafsu yang besar.
Kedua
: Dari sudut undang-undang dunia pula, jika itu berlaku saudari sudah dikira
dirogol. Tatkala wajiblah saudari melaporkan kepada polis dan bukan hanya
bertanya kepada mana-mana ustaz sahaja tanpa tindakan undang-undang. Tindakan
membiarkan ia berlalu tanpa laporan adalah antara seburuk-buruk perlakuan
seseorang mangsa rogol, walaupun mungkin dia sedang menderita, trauma, malu ,
sedih dan sebagainya, namun perlu ada ahli keluarga membantu untuk memastikan
laporan dibuat. Laporan itu perlu bagi menyekat si ‘jantan' meneruskan aktiviti
dosanya.
Akhir
sekali, sentiasalah bersangka baik Allah akan menerima taubat setelah kita
berusaha bersungguh-sungguh membuktikan penyesalan kita. Allah ada menyebut
bahawa Allah bersama sangkaan hambaNya. Jika kita yakin Allah meneirmanya, maka
Allah dengan sifat maha pengampunNya akan mengampun hambanya yang benar-benar
ikhlas dan bersungguh. Semoga berjaya mendapat keampunannya.
No comments:
Post a Comment