Tuesday 13 November 2012

Mata atau Hati yang menilai

Ini adalah klip video yang disiarkan semalam semasa Seminar Raising Young Khalifah. Subjek tumpuan bukan rapper kecil bernama Mir Money itu, tetapi reaksi seluruh dewan apabila beliau menangis. Ia menunjukkan bagaimana masyarakat Barat 

menilai kanak-kanak, adakah mereka itu manusia lengkap yang punya hak dan kemahuannya penting, atau sekadar substitute? DJ Howard Stern hampir berhenti daripada menjadi juri program ini kerana trauma dengan 'perbuatan'nya yang menyakiti seorang budak, tanpa niat.m

Apabila kita mendesak agar masjid menjadi lebih mesra kanak-kanak, apa yang menjadi halangan bukanlah kefahaman nas dan fiqh semata, tetapi berbalik kepada bagaimana cara kita melihat kanak-kanak itu sendiri.

Ketika mana berita murid tahun 6 membunuh diri kerana tidak dapat straight A's dalam UPSR pada tahun 2007 menjadi berita yang terbang dibawa angin, saya yakin Malaysia menghadapi masalah yang sangat serius dalam isu ini.

Dengan penuh selamba, kita mengeluarkan kata-kata yang menghancurkan jati diri kanak-kanak malah anak kita sendiri, kemudian tanpa malu kita mendakwa Islam itu Rahmatan li al-Aalamin!
 
By SaifulIslam

No comments:

Post a Comment