Telefon pintar.
Keupayaan internet yang tinggi.
Pengangkutan yang pantas dan efisyen.
Segalanya demi manusia berhubung dengan lebih efektif, mudah-mudahan produktif.
Namun............
rumahtangga masih berantakan, politik dalaman organisasi di pejabat dan persatuan tidak berkesudahan,
salah faham antara bangsa dan negara menumpahkan darah, semacam manusia itu tidak faham antara satu sama lain. Seperti tidak berkomunikasi.
Di era sahabat, berlaku konflik yang kritikal pasca pembunuhan Uthman bin Affan, antara Ali dan Muawiyah radhiyallahu ‘anhum. Ali di Mekah, Muawiyah di Syam, sisi pandang antara satu sama lain tentang keutamaan dalam tindakan, sukar ditemukan kerana logistik yang begitu menjarakkan.
Tetapi krisis yang boleh meruntuhkan kuasa itu berhasil diamankan di era Muawiyah radhiyallahu ‘anhu apabila diskusi, faham memahami, bertolak ansur dan mengutamakan apa yang utama, berjaya dicapai.
Hasil komunikasi.
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami
telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah
menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih
taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Mendalam Kepakaran-Nya (akan keadaan dan amalan kamu). [Al-Hujuraat 49: 13]
Alat komunikasi paling tinggi adalah HATI.
Menjadikan komunikasi bukan subjek teknikal, tetapi sains kemanusiaan.
Memahami tabiat manusia dalam berinteraksi.
By : SaifulIslam
No comments:
Post a Comment