Tuesday 27 November 2012

Mahasiswi Maut Diragut


Gambar hiasan


Shah Alam, 24 November: Seorang mahasiswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, maut selepas diragut seorang lelaki yang menaiki motosikal berhampiran Plaza Anggerik di sini petang semalam.
Kejadian yang berlaku kira-kira lima petang itu, Nor Aminah Zakaria, 22, sedang berjalan menuju perhentian bas bersama seorang rakan sebelum diragut dari arah belakang oleh seorang pemuda menaiki motosikal.
Mangsa bagaimanapun cuba melawan namun ditolak oleh peragut berkenaan dan terjatuh dibahu jalan.
Difahamkan, rakan mangsa ketika itu berjalan agak jauh kebelakang daripada mangsa menyebabkan beliau tidak sempat berbuat apa-apa.
Mangsa cuba diselamatkan orang ramai namun disahkan meninggal sebaik sahaja tiba di hospital  Klang disebabkan kecederaan dalaman yang parah.
Ketua Polis Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata pihak polis sedang menyiasat dengan mengambil keterangan beberapa orang saksi di tempat kejadian untuk membantu siasatan.
Kawasan sekitar Shah Alam sememangnya menjadi lokasi jenayah ragut kerana kebanyakkan penduduk dikawasan ini terdiri daripada mahasiswa yang sering berjalan kaki dan ini memudahkan mereka untuk  menjadi sasaran peragut.
Polis menasihatkan kepada orang ramai terutamanya mahasiswi untuk lebih berhati-hati dan berjaga-jaga ketika berjalan kaki untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa ragut. #

No comments:

Post a Comment