Saturday 10 November 2012

Anugerah Terhebat

Anugerah merupakan sesuatu kurniaan atau pemberian. Boleh jadi anugerah itu bernilai atau sebaliknya. Ramai manusia berlumba-lumba mencari " anugerah" daripada manusia. Anugerah seperti gelaran, jawatan, pangkat dan lain-lain yang boleh mendapatkan sanjungan daripada manusia. Walhal semua augerah tersebut hanyalah bersifat sementara dan boleh dibeli dengan wang. Akan tetapi manusia itu sifatnya lalai, leka dan alpa dalam mengenali dan menilai akan diri. Sebenarnya mereka telah hanyut dengan tipu daya yang melalaikan.

Memang sudah menjadi kebiasaan, fitrah manusia itu sukar menghargai "anugerah" yang telah mereka miliki. Kebiasaannya bilamana "anugerah" tersebut hilang barulah mereka sedar dan mula mengatahui nilai "anugerah" tersebut.


Baru-baru ini berlangsung Anugerah Skrin 2012. Apa yang menariknya pada tahun ini ialah ucapan pelakon dan pengarah filem muda iaitu Pierre Andre yang menyentuh dan membuka mata banyak pihak. Sejujurnya saya ingin mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH atas keberanian beliau menyatakan kecintaan kepada Allah dan Rasul serta memberi peringatan ditempat yang bukan semua mampu memberi peringatan. TAHNIAH BUAT PIERRE ANDRE

saat tersebut saya nukillan di sini. Buat tatapan semua

1 comment:

  1. SubhanAllah, MasyaAllah. syukur kpd Allah. Melihat dalam kelekaan manusian dengan hiburan, masih ada insan yang mengingatkan kebenaran. tahniah kepada Pierre.

    p/s: wah, Sufi, mantop nii..

    ReplyDelete