Friday 15 March 2013

Sembang santai:Antara Cinta dan Mencintai

hahaha...kalau di kampus, Program kalau tak guna nama "cinta" "love" "sayang" dan lain-lain istilah yang mengambarkan perasaan, natijahnya susah nak dapat crowd. Tetapi tidak boleh dilihat perkara ini dari sudut negatif. Ia mesti dinilai dan dicatur dengan baik agar impaknya positif.

Shazli sufi hari ini terpanggil untuk membicara soal CINTA. Maklumlah remaja sekarang, remaja yang gemar brcinta, matlamatnya cinta, hidup dan matinya untuk cinta, pendek kata dari hujung rambut sampai hujung kaki mesti CINTA.

Hari ini topik sembang santai kita ialah "Antara Cinta dan Mencintai". Haaa bukan mudah nak memahami erti cinta ini. Meluahkan Cinta mudah tetapi menerbitkan rasa cinta dan menzahirkan cinta itu yang sukar dan terkadang ramai yang terkandas. Akhirnya, muncul najis-najis cinta yang dilahirkan kesan perbuatan dosa jijik akibat salah faham mengenai cinta.

Cinta ini mudah, tetapi cinta yang mudah ini cinta yang sedia ada. Tu dia, apa pula cinta sedia ada tuuu??. hahaha mudah saja. Cinta sedia ada ialah cinta yang terbit daripada kedua ibu bapa kita, Cinta yang diberikan oleh Allah swt didalam hati kedua ibu bapa kita. Itulah cinta sedia ada... Mudah kan??

Cinta yang seterusnya ialah cinta hadiah atau cinta kurniaan. Haa cinta ini yang bahaya yang buat ramai remaja-remaja di luar sana tersilap langkah dalam memahami makna cinta ini. Pepatah ada menyatakan tak kenal maka TAK CINTA..Cinta Hadiah atau Kurniaan ini ialah Cinta yang Allah swt terbitkan dalam hati lelaki mahupun perempuan untuk saling tertarik dan bahagia lagi membahagiakan, ala-ala romantik gitu la..tetapi Indahnya Islam. Islam mengariskan etika atau tatacara dalam mengecapi makna cinta tersebut.

itulah "NIKAH". Sebelum tibanya nikah. ada proses ijab dan kabul. Haa jangan salah faham ini bukan slot khusus kawin. Abang SS (shazli sufi tetiba poyo sekejap) ingin membawa pemahaman antara Cinta dan mencintai.. Cinta itu mudah, tetapi MENCINTAI itu payah. Mengapa??

Cinta mudah kerana ia hanya terbit didalam hati. Melingkari litar rasa fitrah seorang lelaki mahupun perempuan. Cinta tidak semestinya dilafaskan. TETAPI, MENCINTAI melibatkan Hati dan tindakkan. Ia selari dan tidak boleh bercanggah antara keduanya. Jika hati mencintai tetapi tindakkan mengambarkan sebaliknya. Maka ia tidak boleh dikatakan mencintai.

TAK FAHAM??.. hahaha

okey, analogi mudah. Seorang lelaki menyukai kereta BMW. Segala perihal mengenai BMW diketahuinya. Tetapi lelaki tersebut tidak pernah menceritakan kesukaannya itu kepada sesiapa dan tidak pula berusaha mengumpul wang untuk memiliki kereta BMW tersebut. Maka itulah dinamakan CINTA.

Tetapi....

Jika seorang lelaki tersebut menyukai kereta BMW. Segala perihal mengenai BMW diketahui dan Dia seboleh mungkin berusaha untuk memiliki BMW. Bila dia memiliki BMW tersebut dia menjaga sebaik mungkin BMW tersebut dan memahami kekurangan BMW tersebut.Maka itulah namanya MENCINTAI.

Fahamilah mencintai itu bukan sekadar lafaz tetapi ia satu pemberian pengorbanan atas nama mencintai. Seseorang yang mencintai akan sentiasa memberi kerana sifat cinta itu meminta, cinta itu meminta segalanya. Maka oleh sebab itu seorang isteri yang mencintai suaminya dia menyerahkan segala-galanya kepada suaminya hatta mahkota yang selama ini terjaga rapi, semuanya atas dasar MENCINTAI. Seorang suami mencintai isterinya akan menyerahkan seluruh masa dan kudratnya untuk melindungi isteri yang dicintai. Kerana sifat cinta itu sendiri MEMINTA..

oleh sebab itu mereka yang memahami konsep atau fitrah cinta itu akan lebih banyak memberi daripada meminta.

Allah swt Maha Mencintai sebab itu Alllah swt sentiasa memberi kepada kita selaku hamba.

Jadi, konsep meminta dalam couple, minta yang bukan -bukan itu satu pendustaan yang mengotori fitrah cinta itu sendiri..jadi jangan silap langkah, kelak menyesal di kemudian hari. Tetapi ketahuilah kita pintu taubat sentiasa terbuka luas seperti luasnya langit dan bumi yang Allah swt sediakan buat manusia..orang yang hebat bilamana melakukan kesilapan dia sedar itu satu kesilapan dan segera memperbaikinya..

jadi sampai situ sahaja coreta pada malam ini. SEMARAKKAN KASIH SAYANG~


No comments:

Post a Comment