Saturday 9 March 2013

Madrasah al hijrah madrasah tarbiyyahku.

Alhamdulillah. Tanggal 4.march 2013 bermula episode praktikalku di Tv al-hijrah. Sungguh ! ini semua percaturan daripada Allah swt. Menggalas harapan ibu bapa serta amanah untuk melebarkan sayap dakwah. Langkah ini diperkemaskan dan dirapikan demi menggalas harapan dan niat yang suci.

Ditakdirkan tepat jap 8.30 pagi bertarikh 4 march 2013 pertama kali kaki ini menjejak pejabat Tv al hijrah. Perasaan bercampur antara gementar dan gembira. Melihat Masjid Negara yang berhadapan dengan pintu utama TV al hijrah membantu menenangkan sedikit gementar.

Bagi anak kampung sepertiku. Melalui liku-liku jalan di bandaraya sebesar Kuala Lumpur cukup mencabar. Bertemankan motosikal EX5. Aku menelusuri jalan..walaupun sering sesat, cukuplah Allah swt bersamaku.

Ditempatkan bersama krew rancangan Madrasah al hijrah pada awalnya mencabar fizikal dan mental. Terpaksa pulang selewat jam 12 malam. keluar seawal 8.30 pagi menjadikan aku seorang yang cuba menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.

Tetapi disebalik kesulitan tersebut, ada tarbiyyah yang ingin Allah swt mahu aku menghayatinya. Berdikari dalam mempelajari liku-liku kehidupan sebelum bergelar seorang graduan. Kerana hidup ini penuh dengan cabaran. Hidup ini tidak mungkin dihadapkan dengan kesenangan semata-mata. Maka terpulang pada individu untuk mencabar dirinya, mempersiapkan minda bagi menerpa ke alam kehidupan dan mempositifkan cabaran yang mendatang.

Madrasah al hijrah sebenarnya menjadi platform aku untuk mendalami ilmu hadith, syariah, al- quran, dan akhlak. Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt yang menetapkan aku didalam rahmatNya. Terlibat dalam recording madrasah menjadikan seawal pagi sehingga malamku dipenuhi dengan majlis ilmu. Peringatan demi peringatan diterima. Walaupun jasad ini letih tetapi disatu sudut aku dapat merasakan bahawa ruh ini bahagia dengan santapan ilmu yang aku perolehi.

Semoga jiwa ini tabah dalam meniti tarbiyyah ini. Alhamdulillah.. bertemu di lain qalam.

~SEMARAKKAN KASIH SAYANG~

No comments:

Post a Comment