Sunday 23 December 2012

To be a Better Man

Sekarang merupakan musim cuti persekolahan. Teringat sewaktu di bangku sekolah dahulu. Bila tiba musim cuti persekolahan, hati begitu gembira dengan pelbagai aktiviti dan perancangan yang dirangka untuk memenuhi waktu cuti persekolahan. Bagi budak luar bandar seperti aku. Cuti sekolah merupakan waktu yang sesuai untuk mencari duit tambahan supaya menjelang musim persekolahan baru, dapatlah bergaya dengan jam, kasut dan lain-lain untuk digayakan di sekolah.

Bagi melaksankan visi dan misi tersebut. Kebiasaannya perkerjaan yang paling mudah dilakukan dan mendapat pulangan yang agak bagus ialah mengambil upah membasuh pinggan, memasang khemah dan kerusi meja, menghidang lauk dan tentu sekali ia diwaktu Majlis Walimah atau Kenduri Kahwin.

Kerja membasuh pinggan, menyusun kerusi, dan pelbagai lagi kerja-kerja ringan diperlukan bagi memastikan kelancaran majlis. Oleh yang demikian, khidmat KAMI diperlukan. Masih segar lagi upah RM 80 ringgit sehari cukup lumayan sekiranya Majlis diadakan 2 kali seminggu selama sebulan! hehe boleh bayangkan kasut nike, beg sekolah baru, jam tanggan casio, dan lain-lain. Mewah-mewah.

Tetapi bukan perkara itu yang ingin di" highlight"kan disini. Tadi hanya mukaddimah sahaja. Kini baru masuk kepada topik kita "To Be A Better Man"..

Memandangkan sekarang musim perkahwinan. Terlalu banyak jemputan ke Majlis perkahwinan, baik dari sahabat yang jauh mahupun dekat. Perkahwinan merupakan fitrah manusia, iaitu manusia sehebat manapun jawatan mereka, sehebat manapun kekayaan yang mereka miliki, sebijakmana pun mereka dalam pelajaran. Tetapi semua itu tidak bermakna tanpa dikongsikan dengan orang yang disayangi dan dicintai. Kerana itu fitrah manusia untuk hidup berpasangan, mahu dimiliki dan memiliki, mahu mencintai dan dicintai, mahu membelai dan dibelai, mahu dihargai dan menghargai, mahu bahagia dan membahagiakan ! itu fitrah manusia.

dari sudut seorang insan yang bergelar PEREMPUAN. Perkahwinan merupakan salah satu perkara penting dalam hidup mereka. Kebahagiaan sebenar tergantung kepada sejauhmana perkahwinan itu berjaya dilayari. Andai bahtera perkahwinan yang dilayari karam ditengah perjalanan. Maka itu merupakan satu kegagalan dan titik hitam buat insan bernama PEREMPUAN itu tadi. 

Manusia mana yang mendambakan kehancuran rumah tangga. Pasti semua mendambakan rumahtangga yang terbina dapat dilayari dengan penuh kebahagiaan dan kesyukuran. Bahtera itu kukuh dan teguh walaupun dilanda badai Tsunami.

Untuk mendapatkan BAHTERA yang kuat dan teguh mestilah dimulakan dengan pemilihan " pembuat bahtera" itu sendiri. Dalam alam rumahtangga digelar "SUAMI".

Suami merupakan satu gelaran yang diberikan kepada seorang lelaki yang telah diberikan AMANAH kepadanya seorang ISTERI untuk dijaga dan diperlakukan dengan baik dan sesuai mengikut syara'. Maka sebelum bergelar SUAMI, terlebih dahulu dia digelar lelaki bujang. Lelaki inilah yang menjadi titik tolak kepada kuat atau lemah Bahtera rumahtangga itu.

Baik, untuk membina sebuah bahtera yang kuat perlukan bahan yang terbaik dan berkualiti. Bahan tersebut mestilah dipilih dan disaring agar bahan yang digunakan untuk membuat Bahtera tersebut benar-benar berkualiti.

Begitulah juga Bahtera rumahtangga, untuk membina Baitul Muslim, keluarga Muslim yang baik. Pemilihan itu bermula daripada pemilihan calon Isteri lagi. Ramai yang tersilap dalam meletakkan dasar pemilihan. Oleh sebab itu Rasulullah SAW bersabda :

تنكح المرأة لأربع لمالها ولحسبها ولجمالها ولدينها فاظفر بذات الدين تربت يداك

Maksudnya: dikahwini akan perempuan itu kerana empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dari kalangan mereka yang BERAGAMA nescaya kamu akan SELAMAT.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dasar itu penting kerana ia menentukan samaada Bahtera yang dibina benar-benar kukuh atau bakal karam dipertengahan jalan. Matlamat perkahwinan juga perlu jauh, bukan setakat sehidup semati. Tetapi sehingga syurga dan melihat wajah Allah swt kelak.

Oleh itu sebelum mencari isteri yang berkualiti seorang lelaki haruslah menjadi seorang lelaki yang mahir atau tahu akan perihal "KUALITI" itu. Analogi mudah, hanya jauhari mengenal manikam. Mutakhir ini ramai Lelaki, tetapi Lelaki yang bagaimana yang dikatakan kurang, itulah lelaki yang berkualiti, kualiti dari sudut kepimpinannya, kualiti dari sudut pergaulannya, kualiti dari sudut ibadahnya, kualiti dari sudut hubungan dengan ibunya, pendek kata semuanya berkualiti. Bagi menghasilkan Kualiti dalam diri perlu ada usaha untuk menerbitkan kualiti, dalam erti kata lain, perlunya penghijjrahan. Belian itu tidak akan dikenali dan tidak akan dimuliakan sekiranya berlian tersebut tidak berhijjrah dari tempat asalnya.

Begitu juga Lelaki. To Be A Better Man, perlukan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah swt, perbanyakkan ilmu, cuba melaksanakan amanah yang dipikul sebaik mungkin, dan memahami akan erti sebenar kehidupan. Hidup ini perjuangan, perjuangan samaada kita ke syurga atau ke neraka, perjuangan merebut redha Allah swt atau murka-Nya, perjuangan melaksanakan segala suruhan Allah swt dan menjauhi segala larangan-Nya. Pendek kata HIDUP INI PERJUANGAN...

Sebelum membina Bahtera, carilah bahan yang benar-benar berkualiti. Untuk mengatahui bahan tersebut berkualiti perlukan ilmu, dan untuk mencari bahan yang benar berkualiti perlukan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah swt dan perlaksaan niat tersebut mestilah selari.

Jadi sama-sama mulakan langkah To Be A Better Man.

sebagai penutup sedikit perkongsian lirik oleh R.William yang bertajuk : To Be A Better Man..hayati liriknya

Send someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain

Give me endless summer
Lord I fear the cold
Feel I'm getting old
Before my time

As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doing all I can
To be a better man

Go easy on my conscious
'Cause it's not my fault
I know I've been taught
To take the blame

Rest assured my angels
Will catch my tears
Walk me out of here
I'm in pain

As my soul heals through the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doing all I can
To be a better man

Once you've found that lover
You're homeward bound
Love is all around
Love is all around

I know some have fallen
On stony ground
But love is all around

Send someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain

Give me endless summer
Lord I fear the cold
Feel I'm getting old
Before my time

As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doing' all I can 
To be a better man

By: Shazli Sufi 


No comments:

Post a Comment