Wednesday 19 December 2012

PEMUDA DAN PEMUDI YANG DIJANJIKAN siri 1



Pemuda atau belia merupakan tonggak harapan agama,bangsa dan negara.Oleh sebab itu tenaga pemuda itu banyak faedah dan kebaikan jika berjaya digilap dan dicatur sebijak mungkin.Firman Allah swt:

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)

Mutakhir ini,kita banyak mendengar kepincangan yang berlaku.Terutama dalam kalangan pemuda dan pemudi,khususnya mahasiswa.Kepincangan demi kepincangan berlaku,sehingga tersebar luas wabak zina,wabak pembuangan bayi,wabak pengkid, dan pelbagai lagi wabak songsang yang semakin menular dalam kalangan pemuda dan pemudi kini.

Apakah salah ibu mengandung? Atau salah bapa yang menyuap rezeki? Atau salah guru dan pensyarah yang menitiskan ilmu?. Jawapannya mudah. Wabak ini hasil daripada penjajahan minda. Rosaknya tidak nyata, tetapi kesannya begitu bahang terasa.

Pelbagai pihak, baik dari sektor kerajaan mahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO) bertungkus lumus mencari jalan keluar kepada kemelut wabak ini.Tetapi ianya seakan-akan menemui jalan buntu.Pemuda dan pemudi semakin liar.Sehingga ada yang berani menggugut guru,berani melawan ibu,bahkan berani membunuh sekalipun.

Kemana hilangnya nilai kemanusiaan dalam diri pemuda dan pemudi kini. Adakah ia hanya retorik kosong yang diyatakan dan dilaungkan oleh misi dan visi pendidikan ,iaitu ingin melahirkan individu yang mempunyai sahsiah dan akhlak yang murni dan luhur.?

Sesungguhnya dunia kini ketandusan keperibadian pemuda dan pemudi, persis Sultan Muhammad al-Fateh. Pemuda awal 20 an yang berjaya menakluki kota kostantine. Dunia rindukan pemudi persis saidatina aisyah ra yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan Rasulullah saw. Dunia meratapi ,menangisi ketandusan ini. Menurut pepatah melayu “ Patah Tumbuh silih berganti”. Tetapi keperibadian pemuda matang dan bervisi seperti sultan Muhammad al Fateh dan lain-lain, hilang tidak berganti.

Pemuda dan pemudi sudah kecanduan cara hidup barat.Mengagungkan segenap idea dan corak kehidupan barat. Lalu ISLAM dipandang sepi, dipandang lekeh dan lesu seperti baju yang luntur warnanya. 
Menurut Abu A’la al Maududi dalam kitabnya “tanggungjawap pemuda” menyatakan , seandainya penjajah barat merampas harta benda kita, memeras kekayaan negara kita, membunuh, menghapuskan anak cucu kita habisan-habisan dan memusnahkan rumahtangga kita, maka kezaliman seperti itu tidaklah seburuk atau sejelik-jelik natijah jika dibandingkan dengan kezaliman yang mereka lakukan terhadap kita dalam bentuk menaburkan racun-racun tamaddun kebendaan, kebudayaan dan pengetahuan sains yang mengingkari kewujudan Tuhan dan moral akhlak yang runtuh.” .

Oleh sebab itu, mutakir ini pemuda dan pemudi banyak disogokkan dengan hiburan yang melampau serta membawa kepada kejelekkan akhlak dan pergaulan. Lebih menyedihkan lagi apabila terdapat segelintir pemuda dan pemudi yang meniru bahasa dan gaya hidup penjajah. Mereka menganggap bahawa bahasa sendiri adalah satu keaibpan sementara bercakap dalam bahasa penjajah satu kebanggaan bagi mereka. Ada di antara mereka yang merasa gelisah disebabkan mereka adalah orang-orang Islam sedangkan para penjajah adalah orang yang fanatik dengan ajaran kristian. Ada pula orang-orang Islam yang merasa bangga kerana mereka menyeleweng dari landasan Islam, disebabkan kebutaan mereka terhadap hukum islam itu sendiri. 


Mereka merombak tamaddun Islam yang luhur ini dengan segala makian atau tuduhan. Mereka menganggap dengan berbuat begitu, adalah cara untuk menambahkan kemuliaan, meningggikan kedudukan dan status mereka dalam masyarakat. Padahal penjajah-penjajah barat tetap merpertahankan peradaban dan tradisi mereka yang lapuk dan berpegang teguh dengan akidah mereka yang lemah.

Jadi kita umat islam akan terus lemah dan ditindas oleh musuh-musuh islam.Kerana kejahilan kita terhadap agama kita sendiri.Maka wujud pemuda dan pemudi islam yang namanya Islam tetapi cara hidupnya sangat jauh dan terpesong dari ajaran Islam.

Tetapi tidak wajar sekiranya 100 peratus kesalahan ditimpakan atas bahu para pemuda dan pemudi.Masyarakat islam mutakhir ini dilihat cenderung kepada satu sindrom,iaitu sindrom mandul perasaan.Mandulnya perasaan masyarakat islam kini,sehingga para pemuda dan pemudi bukan mahram yang bermadu asmara di khalayak dibiar,pendedahan aurat yang mengundang dosa dan perzinaan dibiar lahir segar.Perasaan seolah-olah mandul untuk melahirkan rasa marah,mahupun sedih melihat generasi pelapis Islam akan datang musnah dibuai mimpi dendangan musuh-musuh islam yang sememangnya benci kepada Islam itu sendiri.

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.

Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.

By: Mohammad shazli sufi bin che unik
                                                  

No comments:

Post a Comment