Sunday 3 February 2013

soleh yang mencari solehah

Alhamdulillah. Kebelakangan ini ramai muda-mudi mendambakan seorang suami atau isteri yang soleh solehah. Jadi dalam mempersiapkan diri dalam misi mencari suami atau isteri idaman, persiapan dari sudut ilmu dan akhlak diperkemaskan. Ilmu fardhu ain diperkemaskan, akhlak diperbaiki. Demi mendambakan isteri atau suami yang solehah.

Tidak salah konsep itu. Cuma perlu diingat akan tipu daya syaitan yang jarumnya halus. Sama-sama kita mengambil pengajaran daripada kisah Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jailani yang cuba diperdayakan oleh syaitan.Kisah ini diceritakan sendiri oleh beliau.


Beliau berkata: "Pada suatu ketika, saya ternampak suatu cahaya terang benderang yang memenuhi seluruh langit. Kemudian suatu bentuk manusia kelihatan di dalamnya dan ia berkata: “Wahai Abdul Qadir, akulah Allah, Tuhanmu. Aku telah menghalalkan segala perkara yang haram bagimu.”

Saya menjawab: “Berambuslah wahai syaitan.”

“Sebaik sahaja saya mengucapkan kata tersebut, cahaya di langit tadi bertukar menjadi gelap dan bentuk manusia itu mendesir menjadi asap. Kemudian saya terdengar orang berkata: “Wahai Abdul Qadir, aku telah menyesatkan tujuh puluh Ahli al-Sufi dengan cara ini, tetapi Allah telah menyelamatkan kamu disebabkan ilmu dan takwamu”. “ Mendengar kata itu, saya pun membalas: 'Tidak. Itu cuma rahmat Allah s.w.t.' "

Sesudah Sheikh Abdul Qadir menceritakan peristiwa tersebut , maka salah seorang pendengar bertanya: "Bagaimana kamu tahu bahawa itu adalah syaitan?' "Ketika dia berkata bahawa dia telah menghalalkan bagi saya perkara haram." Jawab Sheikh Abdul Qadir.

begitu halus tipu daya syaitan dalam menyesatkan manusia...Peringatan buat diri dan semua..

Allahuma Zauwijna Zaujatan Solehah.....