Friday 30 November 2012

Islam bukan sekadar logik akal 2: wudu'

Memeluk Islam Kerana Mengkaji Wudhu

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan...
terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.

Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan. Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti fakta nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Hikmah Wudhu

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.Fakta Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).

Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.

Sumber : http://www.blogammar.com/

- SaKura -

Thursday 29 November 2012

Terbaik

Presiden Iran telah memanggil ke semua Ulama' Sunnah dan Syiah, bertujuan untuk mengetahui perbezaan di antara mereka.

Ke semua Ulama' Syiah menghadirkan diri, tetapi seorang Ulama' Sunnah tiba sedikit lewat bebanding Ulama' Sunnah yang lain-lain.
...

Ulama' Sunnah tersebut berjalan sambil mengepitkan kasutnya di celah lengannya.

Ulama' Syiah memandang kehairanan sambil berkata, "kenapa kamu mengepitkan kasut kamu begitu?"

Ulama' Sunnah itu menjawab, "saya terdengar bahawa semasa zaman Rasulullah S.A.W, Syiah gemar mencuri kasut."

Ulama' Syiah menjawab, "mana ada Syiah semasa zaman Rasulullah S.A.W."

Ulama' Sunnah seraya berkata, "jadi perdebatan kita telah tamat. Kesimpulannya, dari mana datangnya agama kamu?"

-Sheikh Ahmed Deedat-

Tuesday 27 November 2012

Pujian

Alkisah seorang pelukis


Seorang pelukis, namanya Nasrudin, beliau sangat pakar dalam melukis pemandangan. Anak beliau turut pandai melukis.

Setiap kali Nasrudin habis melukis, anaknya akan melukis satu lukisan pemandangan untuk mendapat pujian daripada bapanya.
...

“Tidak berapa bagus. Ini perlu penambahbaikan,” kata Nasrudin.

Setiap kali anaknya melukis, setiap kali Nasrudin akan memberikan alasan kata ianya tidak cukup bagus.

Setelah sekian lama, anaknya memberitahu diri sendiri – “Ayah saya tidak akan memuji lukisan saya.”

Setelah melukis satu lukisan pemandangan satu hari, anaknya menanam lukisan tersebut di dalam tanah tanpa pengetahuan Nasrudin.

Selepas sebulan berhenti bertanya kualiti lukisan, anaknya mengeluarkan tulisan itu dan menunjukkan kepada Nasrudin.

“Ayah, saya terjumpa lukisan ini di bawah tanah.” Anaknya menunjukkan lukisan tersebut kepada Nasrudin. “Cantik tak lukisan ini.”

Nasrudin berkata, “Cantik, sayang kena melukis seperti ini.”

“Tapi ayah, ini lukisan anakanda,” sampuk anaknya dengan cepat.

Nasrudin tersebak melihat karenah anaknya.

“Selepas ini, anaakanda tidak akan memajukan diri lagi. Ayah selalu mengkritik lukisan adalah agar anakanda sentiasa mencapai kemajuan. Tapi setelah hari ini, teknik lukisand anakanda tidak akan lagi bertambah baik,” kata Nasrudin.

Pengajaran cerita ini – pujian sekali-sekala perlu supaya orang lain tidak berputus asa seperti anaknya. Teguran ada positif di sebaliknya – ia bergantung pada reaksi.

Tapi jika teguran terbuka, contoh kalau Nasrudin menegur lukisan anaknya tidak bagus di khalayak ramai, ia memudaratkan keadaan hubungan Nasrudin dengan anaknya, bahkan anaknya akan terus berputus asa kerana kemaluan ditegur bapa sendiri dan ejekan kawan yang mengggunakan kata-kata Nasrudin.

Nak buat teguran membina kena ada adab dan bertempat. Jika ia salah masa dan tempat, teguran membina akan jadi teguran memusnahkan masa depan seseorang dan memberi peluang untuk musuh bertindak.

Senyum.

Mahasiswi Maut Diragut


Gambar hiasan


Shah Alam, 24 November: Seorang mahasiswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, maut selepas diragut seorang lelaki yang menaiki motosikal berhampiran Plaza Anggerik di sini petang semalam.
Kejadian yang berlaku kira-kira lima petang itu, Nor Aminah Zakaria, 22, sedang berjalan menuju perhentian bas bersama seorang rakan sebelum diragut dari arah belakang oleh seorang pemuda menaiki motosikal.
Mangsa bagaimanapun cuba melawan namun ditolak oleh peragut berkenaan dan terjatuh dibahu jalan.
Difahamkan, rakan mangsa ketika itu berjalan agak jauh kebelakang daripada mangsa menyebabkan beliau tidak sempat berbuat apa-apa.
Mangsa cuba diselamatkan orang ramai namun disahkan meninggal sebaik sahaja tiba di hospital  Klang disebabkan kecederaan dalaman yang parah.
Ketua Polis Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata pihak polis sedang menyiasat dengan mengambil keterangan beberapa orang saksi di tempat kejadian untuk membantu siasatan.
Kawasan sekitar Shah Alam sememangnya menjadi lokasi jenayah ragut kerana kebanyakkan penduduk dikawasan ini terdiri daripada mahasiswa yang sering berjalan kaki dan ini memudahkan mereka untuk  menjadi sasaran peragut.
Polis menasihatkan kepada orang ramai terutamanya mahasiswi untuk lebih berhati-hati dan berjaga-jaga ketika berjalan kaki untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa ragut. #

Saturday 17 November 2012

Artis berhijjrah

UCAPAN Pierre Andre saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 menggegarkan banyak jiwa. Bermacam persoalan dan andaian juga dibuat. Paling utama, kecenderungan anak sulung pelakon handalan Khatijah Tan itu terhadap ilmu agama terbuka jelas.

"Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah," katanya membuka cerita tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.

Jumaat lalu, Pierre membuka mulut di pentas yang disaksikan lebih empat juta penonton dengan kalimah 'Bismillah.'

"Anugerah paling hebat ialah kalimah 'Lailahaillallah,' jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad," ucap Pierre dalam majlis itu.

Menghuraikan lagi mesej sebenar yang ingin disampaikannya, kata Pierre:

"Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya," katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan.

Demi untuk tidak mengelirukan khalayak terhadap perubahan yang berlaku ke atas dirinya, Pierre mengakui bahawa sudah lima bulan dia bergerak aktif dengan dengan mengikuti kumpulan tabligh.

"Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya 'kosong.' Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.

"Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh. Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya," katanya menyertai jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.

Berikut sedikit perbualan Sensasi Bintang bersama Pierre.

Mendalami agama itu banyak jalannya, kenapa pilih tabligh?

Orang selalu salah faham terhadap tabligh, tak kurang juga yang menuding jari masuk tabligh sebagai ikut ajaran sesat. Kita kena ingat, tabligh itu sifat Rasulullah. Rasulullah berdakwah selama bertahun-tahun sebelum turunnya hukum bersolat, puasa dan menunaikan zakat.

Bagaimana pula dengan kerja-kerja seni anda. Dunia hiburan sendiri dilihat lebih banyak mendedahkan seseorang itu ke jalan negatif?

Mulanya saya fikir begitu, tapi sahabat saya larang. Saya masih boleh berdakwah dalam bidang filem tapi kena lebih berhati-hati dalam bab agama. Paling utama kena masukkan unsur dakwah. Sekarang saya tiada karya terbaharu selain filem-filem yang telah dibikin sebelum saya berhijrah, jadi, jangan nilai siapa saya ketika dahulu, tapi nilai siapa saya ketika ini.

Mungkin ada perkembangan terbaharu yang lain?




Sekarang saya terlibat dengan projek filem pendek bersama kawan-kawan, selebihnya (saya) buat kerja-kerja penulisan. Saya mahu siapkan novel pertama, mungkin judulnya berbunyi Perjalanan Ke Darul Salam. Ia tentang penghijrahan seorang lelaki yang selama ini hidupnya kosong.

Adakah itu kisah sebenar yang berlaku kepada diri sendiri?

Tidak juga. Itu pemerhatian yang saya lihat selama ini.

Bagaimana amalan agama anda sebelum ini?

Selama ini pun saya percaya kepada Allah, tapi tahap keyakinan itu tidak seperti sekarang. Dahulu, saya Islam kerana dilahirkan sebagai orang Islam, sekarang saya Islam kerana kefahaman dan keyakinan saya terhadap agama Allah ini.

Ada sebarang sasaran?

Saya berminat mahu jadi pendakwah. Sebenarnya saya ada azam. Jika selama ini saya keluar selama beberapa hari sahaja, selepas ini saya mahu keluar rumah selama 40 hari pula. Kalau diizinkan Allah mungkin boleh sampai empat bulan dan kalau ada kekuatan mungkin dipanjangkan lagi selama setahun dan bukan hanya di Malaysia sahaja.

Apa rancangan Pierre dalam tabligh?

Nikah itu sebahagian daripada iman, saya juga mahu ke arah itu. Bagi saya, pengisian tabligh tidak boleh dilihat secara luaran sahaja, lihat juga dalaman. Ibaratnya, kalau hendak tinggalkan keluarga selama empat hari, bekalan yang ditinggalkan juga harus cukup untuk empat hari.

Apa kata kedua ibu bapa anda setakat ini?

Mummy (Khatijah Tan) sangat menyokong keputusan saya, ayah juga begitu sebab saya bukan buat perkara tidak baik, sebaliknya saya belajar dan mahu mengenal agama. Sejak sertai tabligh juga rezeki saya bertambah.

via kosmo! online

Thursday 15 November 2012

Zionis Terrorist : Si pengganas Zionis

Siapakan sebenarnya pengganas atau teroris ?




Adakah mereka yang mempertahankan wilayah mereka daripada terus dijajah atau mereka yang menjajah negara orang lai...n itu sebenarnya pengganas ?

Gaza terus diasak dengan muntahan peluru dan bom yang sampai bertalu-talu daripada serangan udara dan darat oleh regim penjajah Zionis Israel.

Sasarannya turut menemui anak-anak kecil, para wanita dan orang-orang awam yang telah dikepung di wilayah sempit ini sejak tahun 2007 yang lalu.

Adakah waras untuk rakyat dan para pejuang Palestin untuk terus mengalah dan menyerahkan segala-galanya kepada pihak penjajah? Tentunya tidak !

Kalau dulu roket al Qassam hanya boleh menemui sasarannya sekitar 40-50 km daripada pusat pelancarannya di Gaza. Namun kini roket al Qassam telah pun berkeupayaan untuk sampai ke targetnya di Tel Aviv (71 km daripada Gaza). Bahkan lebih daripada itu. Ini telah dibuktikan apabila serangan balas roket al Qassam telah pun mengenai sasarannya di kalangan anggota tentera Israel di tel Aviv.

Briged al Qassam telah menjanjikan sesuatu yang lebih hebat sekiranya Gaza terus diasak dan dizalimi oleh regim Zionis

Dr Zainur Rashid Zainuddin

Cakna Palastine

ni ulasan dari Pengerusi Aqsa Syarif:

Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar franchisee fees kpd McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun setiap dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari revenue mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar)
.

Oleh kerana McD konsisten menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan message yang tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD membuka cawangan. Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat disclaimer bahawa 'mereka tidak menyumbang kepada israel' bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka boycott akan gagal dan McD Corporation US bolih meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel.

Tetapi jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negera masing-masing maka ini akan menyampaikan message yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kpd Israel.

Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee shj jumlahnya ratusan juta dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang bolih dibeli oleh Israel dgn sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin.

Kerana itu boycott adalah satu 'peperangan'. Seruan boycott akan di counter oleh pihak musuh dgn mengatakan kami 'cawangan tempatan' dan kami hanya membayar cukai kpd kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kpd ekonomi negara dan menyediakan peluan pekerjaan kpd rakyat tempatan.

Jika semua negara membuat pengistiharan spt ini dan semua warga dunia terpedaya dgn seruan manis; ini boycott akan gagal total. Tetapi apabila McD semberang laut menerima tempiasan dari polisi McD Corp yang membiayai israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kpd zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut.

Ingat boycott adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah 'yang masuk akal' untuk menggagalkan strategi boikot.

 

Wednesday 14 November 2012

Janji Ditepati

labah-labah bantu perjuangan islam dalam peristiwa hijrah..bagaimana dengan kita??

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (at-taubah : 111)
al-fatihah
Ingatkah kalian pada serangan Zionis ke atas Gaza dalam operasi "Cast Lead" pada Awal Muharram 1430H (27 Disember 2008) ?

Jam 4:10 ptg waktu Palestine (10:10 mlm wakti M'sia)

Ketua Turus Tentera Israel, Lt. General Benny Gantz mengisytiharkan bermulanya Operasi "Cloud Pillar" yang bermula dengan pembunuhan as-syahid Ahmad Sa'id Khalil Jabari. Setelah 2 jam berlalu lebih 20 serangan udara telah dilakukan kepada Gaza dan bilangan rakyat Palestin yang terbunuh atau cedera masih belum diketahui sepenuhnya.


Zionis Israel (semoga Allah melaknat mereka) sekali lagi menghina umat Islam pada awal Muharram 1434H ini dengan menyerang bumi Gaza beberapa jam yang lalu dalam operasi yang digelar "Cloud Pillar" yang bermula dengan pembunuhan as-syahid Ahmad Sa'id Khalil Jabari (Pemimpin Keselamatan Gaza).

Lebih 20 serangan udara telah dilakukan kepada Gaza dan bilangan rakyat Palestin yang terbunuh atau cedera masih belum diketahui sepenuhnya.

Ayuh, tembakkan doa-doa kalian!
Allahummansur ikhwananaa fii ardhi rribaat! Sesungguhnya iman itu pasti tidak akan duduk diam melihat saudaranya dibunuh! Doa yang dikirim itulah ibarat "indicator" ia masih di situ!

Pemimpin HAMAS Ahmed Jabari syahid oleh tembakan peluru berpandu Israel. Beliau adalah pemimpin No 2 Izzudin al Qassam dan bertanggungjawab dalam pembebasan Gilad Shalit (gambar). Beliau adalah antara pemimpin tertinggi HAMAS yang dibunuh selepas Sheikh Ahmad Yassin dan Dr. Abdul Aziz ar Rantisi. Beliau telah menunaikan janjinya kepada Allah dan moga Allah merahmati rohnya.


" Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (A-li’Imraan 3:169)
 
Detik kesyahidan beliau.
 

Terlanjur taubat

SOALAN
Salam, saya pernah terlanjur dengan boyfriend tapi itu bukan atas kerelaan saya. Saya dipaksa melakukannya. Dalam hati, tidak sedikit pun terlintas perasaan itu. Saya menolak tapi dia tetap memaksa. Sekarang saya ingin tahu adakah Allah akan menerima taubat saya setelah saya terlanjur? Saya berasa sangat sedih, jijik dengan diri dan hidup saya sudah tidak tenteram. Hati saya selalu tidak tenang. Saya merasakan Allah tidak akan menerima taubat saya. Tolonglah bantu saya.
- Soalan melalui ruangan komen di artikel lepas-


JAWAPAN
Pertamanya, saya ucapkan syabas kerana saudari masih mempunyai iman dan punyai ilmu tentang haramnya tindakan itu, kerana itulah timbul perasaan takut, kesal, tidak tenang dan takut. Sekiranya perasaan itu makin menghilang, ia tanda iman juga semakin meluntur dengan sangat teruknya. 

Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :
من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ
Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )
Apa yang perlu dilakukan kini adalah meneruskan taubat. Taubat sebenar yang akan diterima Allah adalah dimulai dengan rasa penyesalan amat sangat dan diturut dengan beberapa amalan di bawah. Antara package dalam taubat di dalam Islam adalah seperti berikut :-
 
1) Bertaubat dengan sungguh-sungguh.
Kesal dan menangisi dosa yang dilakuakn dengan azam untuk TIDAK mengulanginya.
 
2) Tidak berjumpa teman lelaki atau 'dating' berdua-duaan dengannya.
Jika jumpa sekalipun, perlu diajak ahli kelurga yang tegas dalam soal hukum Islam bersama ( Jika tidak tegas, ia sama seperti tiada). Jika tiada abang, hanya berjumpa di rumah saudari dengan kehadiran ibu bapa (yang juga dari kalangan yang prihatin dan mesti mereka sentiasa bersama). Jika tidak mampu juga,Maaf !. Saudari tiada pilihan lain kecuali mesti mencari jalan untuk mampu melakukannya. 

Jika tidak, saudari pasti akan terus mengulangi zina pada satu hari nanti. Selepas itu, segala pintu iman akan semakin tertutup rapat buat saudari, peluang menjadi terus terhina dan melahirkan zuriat yang tidak soleh juga semakin membesar sebagaimana Allah memberi amaran. "Di dalam hati mereka dibiarkan berpenyakit lalu Allah menambah penyakit mereka" ( Surah Al-Baqarah)

Syahwat seksual dan zina adalah sama seperti dadah dan kegilaan harta material, ia boleh membawa seseorang menjadi mabuk dan lupa segala-galanya. Sebagaimana hadis yang telah saya bawakan dahulu iaitu :-
لو كان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَ إلا التُّرَابُ
Ertinya : Sekiranya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan ke dalam perutnya kecuali tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )
Demikian juga perihalnya dengan nafsu syahwat seksual. Ia merupakan satu penyakit dalaman yang serius serta amat sukar dirawati. Ia sama sekali tidak boleh dipuaskan jika tidak dikawal dengan iman.

3) Mencari rakan wanita yang solehah di sekitar saudari.
Ini adalah satu tindakan yang baik, kerana dalam keadaan demikian, saudari memerlukan kaunseling berterusan dan kerap. Ia tidak akan diperolehi jika saudari berkawan dengan rakan yang seperti tingkah laku saudari sekarang. Jika susah untuk mendapatinya, sertailah kumpulan dan NGO yang mengumpulkan wanita-wanta baik dan berprogram bersama mereka seperti. Antara contohnya, sertai NISA', ABIM, JIM, ISMA dan lain-lainnya.
Ia adalah saranan Nabi s.a.w :-
إنما مثل الجليس الصالح والجليس السوء كحامل المسك ونافخ الكير فحامل المسك إما أن يحذيك وإما أن تبتاع منه وإما أن تجد منه ريحا طيبة ونافخ الكير إما أن يحرق ثيابك وإما أن تجد ريحا خبيثة
Ertinya : Sesungguhnya perumpaan rakan yang baik dan yang jahat itu, ibarat rakan pembawa minyak wangian dan tukang besi peniup api ; adapun rakan  baik adalah seperti pembawa wangian, ia (membawa kesan kebaikan) iaitu samada ia akan menghadiahkanmu wangian, atau kamu membeli darinya ataupun kamu akan dapat bauan wanginya juga. Manakala rakan buruk seperti tukang besi penyala api, samada ia akan membakar bajumu atau akan mendapati bauannya (peluh) yang tidak enak" ( Riwayat Muslim, no 4762 )
Hasilnya, wajiblah mencari rakan yang baik. Termasuk mencari teman lelaki yang baik. Antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAWAT denganmu sama ada melalui sms, telefon atau berdepan, SELAGIMANA DIA belum bernikah denganmu. Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka juga bertaubat.
 
4) Berkenaan ayat dan surah tertentu.
Ada yang bertanya ayat tertentu untuk bacaan harian agar terjauh dari zina. Hakikatnya dalam Islam, sekadar mengalakan ayat tertentu tanpa menghayati ertinya, masih tidak mampu menjamin terjauh dari zina serta membawa kesan dan perubahan ke arah yang lebih baik. Pun begitu, jika masih ingin amalkan ayat tertentu,maka baca dan fahamilah ayat berkenaan dosa zina banyak-banyak, moga ia dapat menghindarkan diri darinya. 

Ayatnya adalah firman Allah:-
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ
Ertinya : "Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman" ( Surah An-Nur : 2)
 
5) Memperbaiki solat dan memperbanyakkan amalan.
Saudari mengatakan saudari solat tetapi masih gagal mengawal nafsu, Ini bererti solat saudari perlu diperbaiki kerana solat merupakan antibodi terkuat dalam Islam untuk mengawal nafsu.
Allah swt mengarahkan mereka yang bertauat untuk mengriigi dosanya dengan memperbanyakkan amalan soleh, dengan harapan rahmat dan belas Allah akan melebihi murkanya.

KESIMPULAN
Saudari menyatakan saudari ‘tidak rela' , ada dua perkara di sini :-
Pertama : kerelaan untuk berzina tu bukan semestinya dalam bentuk kita setuju semasa kejadian tu sahaja, tetapi berdua-duaan dan berada dalam keadaan yang membolehkan zina itu berlaku itu sendiri adalah TANDA KERELAAN SEBENARNYA. Kiranya saudari tidak keluar atau berdua-duaan dengannya, pasti dia pun TIDAK boleh memaksa. 

Maka puncanya tetap dari kesalahan saudari juga. Justeru, putuskan hubungan dengannya sama sekali dan jangan ulangi keluar dengan lelaki asing berdua-duaan, khususnya di tempat yang membolehkan berlakunya zina atau rogol. janganlah beralasan bahawa 'terlalu cintakannya' , 'terlalu sayangkan dia' sehingga tidak mampu untuk berenggang dan putus darinya. Semua itu hanyalah nafsu dan bukan cinta dan sayang yang suci, ia adalah 'ibarat cinta dan sayang  seorang penagih dadah kepada dadah' sehingga sukar berpisah darinya. Memang sukar, namun perlukan azam kuat dan menempuh tembok syaitan dan nafsu yang besar.
 
Kedua : Dari sudut undang-undang dunia pula, jika itu berlaku saudari sudah dikira dirogol. Tatkala wajiblah saudari melaporkan kepada polis dan bukan hanya bertanya kepada mana-mana ustaz sahaja tanpa tindakan undang-undang. Tindakan membiarkan ia berlalu tanpa laporan adalah antara seburuk-buruk perlakuan seseorang mangsa rogol, walaupun mungkin dia sedang menderita, trauma, malu , sedih dan sebagainya, namun perlu ada ahli keluarga membantu untuk memastikan laporan dibuat. Laporan itu perlu bagi menyekat si ‘jantan' meneruskan aktiviti dosanya.

Akhir sekali, sentiasalah bersangka baik Allah akan menerima taubat setelah kita berusaha bersungguh-sungguh membuktikan penyesalan kita. Allah ada menyebut bahawa Allah bersama sangkaan hambaNya. Jika kita yakin Allah meneirmanya, maka Allah dengan sifat maha pengampunNya akan mengampun hambanya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh. Semoga berjaya mendapat keampunannya.
 

Islam bukan sekadar logik akal 2: Bergambar sebelum dan selepas nikah (hukum)

Menurut hukum Islam, perkahwinan sememangnya wajar dihebohkan dan digalakkan untuk menganjurkan majlis kenduri kendara. Selain menyambut hari bahagia, ia juga sebagai iklan kepada masayarakat berkenaan perkahwinan yang dibuat bagi mengelak salah tanggapan terhadap pasangan di kemudian hari. Hukum kenduri kahwin dan menghebahkannya ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda:
أولم ولو بشاة
"Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."
Pun begitu, diakui bahawa hari ini susah semakin merebak trend menggunakan khidmat jurugambar professional atau separa professional untuk aktiviti bergambar sebagai kenangan perlu diteliti hukumnya.
Ringkasnya begini:-

1. Hukum bergambar secara umum : ia adalah harus dan tertakluk kepada jenis gamabr yang diambil. Demikian fatwa majoriti ulama kontemporari termasuk Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.

2. Bergambar selepas bernikah

Ia bergantung kepada beberapa keadaan seperti berikut :-

a-  Pakaian yang dipakai oleh pihak pengantin : Sekiranya pakaiannya mendedahkan aurat secara jelas atau sipi-sipi terdedah. Penggambaran itu adalah DIHARAMKAN jika diambil oleh jurugambar bukan mahram kedua-dua pengantin. Jika diambil oleh mahram kedua-duanya, maka tidaklah mengapa dengan syarat gambar yang dipetik tidak disiarkan kepada awam sama ada di flicker, facebook, youtube, blog atau lainnya. Ia hanya untuk kenangan peribadi sahaja.

Berhias (tabarruj) dengan menampakkan aurat dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah

وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى
Bermaksud: Dan janganlah kamu bersolek(berhias) seperti mana wanita jahiliyah berhias."Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

b-  Pakaian menutup aurat namun dengan aksi peluk memeluk, cium mencium dan lain-lain aksi yang agak boleh mengghairahkan: Ia juga haram sekiranya jurugambar bukan mahram khususnya bagi pengantin wanita.

c- Pakaian menutup aurat dengan sempurna cuma bersolek dan berhias menarik dengan jurugambar asing atau bukan mahram. Dalam konteks ini, saya berpandangan, hukumnya adalah DIBENARKAN dengan syarat tiada aksi intim ditayangkan di hadapan jurugambar. Gambar juga DIBENARKAN untuk disebarkan kepada rakan taulan secara berpatutan  sekadar member maklum perkahwinan telah dilangsungkan.

Adapun, jika timbul perasaan riya’, berbangga dengan pakaian yang dipakai dan majlis yang dianjurkan, itu merupakan dosa berasingan yang dilakukan oleh pasangan. Itu tidaklah menjadikan seluruh majlis dan aktiviti bergambar itu sebagai haram. Ia dianggap sebagai haram lighairihi jika berlaku.

Justeru, jika ada pasangan yang merasakan persiapan dan pakaian mereka terlalu mahal dan secara logiknya akan mengundang perasaan cemburu berlebihan di kalangan awam yang melihat, sebaiknya gambar yang terpapar diminimakan dari sebarang hebahan awam bagi menjaga hati sendiri dan orang lain yang akan melihat.

1. Bergambar sebelum bernikah (pre-wedding)
Ia juga bergantung kepada keadaan seperti berikut :-
a. Pakaian menutup aurat dengan sempurna dan pasangan diambil gambar mereka TANPA bersentuh atau TANPA lain-lain aksi yang boleh mengghairahkan seperti berbaring, berpelukan, berpegangan tangan atau lain-lain aksi yang khas untuk suami isteri yang sah sahaja. Dalam keadaan sebegini hukumnya di antara MAKRUH dan HARAM kerana dibimbangi nafsu masing-masing sukar dikawal apabila berada secara berdekatan, lalu ia boleh sahaja termasuk di dalam kategori “mendekati zina”. Justeru, ia sangat elok untuk dijauhi kerana keperluannya amat kurang dan hampir tidak diperlukan malah boleh jatuh di dalam kes pembaziran. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau”.(Surah al-Isra’ 26)
Imam al-Jurjani mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).

b. Pakaian tidak menutup aurat atau dengan aksi bak suami isteri : Ia adalah HARAM tanpa sebarang keraguan lagi. Ini juga fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia yang mana petikan beritanya berbunyi :

Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam.
Kelaziman bakal pengantin beragama Islam merakamkan foto secara intim termasuk berpelukan dan berbaring di atas katil sebelum sah bergelar suami isteri daripada segi hukum adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Sehubungan itu, Institut Kebudayaan Melayu Jambi mengeluarkan kenyataan bahawa budaya berkenaan harus dicegah seiring dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung isu yang sama.
Menurut pengerusi bahagian kajian dan pembangunan institut berkenaan, Djunaidi T. Noer, amalan merakamkan foto pra-perkahwinan bukanlah budaya masyarakat Jambi dan tersasar daripada hukum Syariah.
"Kami menyeru agar semua pasangan yang bertunang dan pengantin beragama Islam supaya tidak merakamkan foto pra-perkahwinan seperti berpeluk, berbaring antara satu sama lain di katil dan sebagainya. Ia merupakan haram," tegas Djunaidi seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post, hari ini.

UPAH JURUGAMBAR

Mankala upah jurugambar semuanya tertakluk kepada hukum yang disebut di atas tadi, Jelasnya ia menjadi HARAM jika gambar intim lagi mesra pasangan dalam keadaan pre-wedding.

Boleh pula menjadi halal lagi DIBENARKAN jika jurugambar adalah mahram pengantin perempuan khususnya.
Juga upahnya menjadi HARAM jika pengantin tidak menutup aurat, dan dibantu untuk memetik gambar mereka dan dihias menggunakan teknik fotografi yang canggih bagi mencantikan hasilan foto. Semua itu dikira bersubahat dalam perkara dosa dan maksiat yang ditegah oleh Allah SWT. Pendapatan sedemikian adalah TIDAK BERSIH lagi haram.
Boleh menjadi HARUS walau jurugambar bukan mahram tapi gambar diambil selepas pernikahan dan menutup aurat dengan sempurna serta tiada aksi yang boleh kebiasaan boleh merangsang nafsu biasa lelaki.

Tuesday 13 November 2012

Islam bukan sekadar logik akal 1 : kebaikan bersugi


Baru-baru ini, aku telah terbaca majalah SOLUSI volume 3 yang telah mengkritik hebat kayu sugi dan minyak atar yang ditulis oleh saudara seIslam kita. Dalam penulisannya memberitahu bahawa kalau nak amal sunnah perlu ikut zaman. Tergerak hati aku untuk membincangkan isu ini. Walaubagaimanapun, disini aku bukanlah untuk membuat fatwa atau hukum tetapi disini lebih kepada pendapat sahaja dan kajian-kajian yang telah dijalankan. Segala teguran dan pandangan yang baik sangat dialu-alukan.
Sebelum itu, aku sediakan kelebihan bersiwak sepertimana yang terdapat dalam banyak hadith.
Fadhilat Miswak
"Menggunakan miswak menjadikan satu asbab memudahkan
kesukaran maut.Selalu menggunakannya akan memudahkan roh keluar daripada jasad apabila waktu yang ditetapkan itu tiba." (Syarhus-Sudur)
Hadrat 'Aisyah R.'Anha berkata bahawa:"Miswak (penggunaan secara tetap) adalah menyembuhkan penyakit kecuali mati." (Dilaporkan oleh Dailami di dalam Firdaus)
Empat perkara yang menambahkan kecerdasan iaitu meninggalkan percakapan sia-sia,menggunakan miswak,duduk di dalam majlis orang-orang soleh dan duduk di dalam majlis ulama'-ulama'. (Thibbi Nabawi)
Allamah Ibn Dariq Rahmatullah'Alaih berkata,"Kebaikan yang terkandung di dalam penggunaan miswak selepas bangun dari tidur ialah ketika tidur wap busuk naik daripada perut ke arah mulut.Hal ini mengakibatkan bau busuk di dalam mulut dan juga berubahnya deria rasa atau kecekapan.Penggunaan miswak akan menghilangkan bau busuk tersebut dan memperbaiki
perubahan yang berlaku kepada deria rasa tersebut.
Hadrat Ali R.'Anhu berkata bahawa:"Miswak mempertajamkan ingatan."
Subhanallah, Maha suci Allah… sungguh indah dan sempurna agama yang diturunkan-Nya, sungguh mulia hukum-hukum yang disyariatkan-Nya, karena tak ada satupun dari apa-apa yang diturunkan-Nya dan apa-apa yang diciptakan-Nya kecuali pasti ada manfaat dan hikmahnya. Kesempurnaan islam ini benar-benar tiada bandingannya oleh agama-agama selainnya. Diantara kesempurnaan Islam adalah syariat bagi ummatnya untuk menjaga kebersihan dan kesehatan, seperti kewajiban istinja’ setelah buang air, mandi janabat setelah junub, bahkan banyak sekali hikmah-hikmah syariat yang tersingkap dalam ajaran islam yang telah dibuktikan oleh sains modern, seperti khasiat madu, habbatus sawda’ (jinten hitam), minyak zaitun hingga ‘si kayu ajaib’ siwak yang bermanfaat bagi kesihatan gigi dan gusi.
Setelah kedatangan islam, Rasulullah s.a.w menetapkan penggunaan siwak sebagai sunnah beliau yang sangat dianjurkan, bahkan beliau bersabda : “Seandainya tidak memberatkan ummatku, maka aku perintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan wudhu” (Muttafaq ‘alaihi). Hal ini menunjukkan bahwa Rasulullah s.a.w adalah orang pertama yang mendidik manusia dalam memelihara kesehatan gigi.

Tahukah anda bahawa bersugi itu penting dalam Islam?
Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).
Kesan pencemaran proton pada gigi
Gigi yang tercemar menjadikan ia mudah menarik logam berat dan bahan berasid untuk melekat kepadanya. Bahan ini akan melekat pada dinding gigi dan membentuk plak (plaque). Plak boleh menebal dan menjadi keras. Plak ini tidak boleh boleh dibersihkan secara fizikal seperti mencongkel, menggosok gigi dengan berus gigi bersama ubat gigi dan sebagainya.
Kesan Gigi Mendapat Elektron
Gigi yang menerima elektron akan mempunyai getaran asal yang tidak menerima benda asing melekat kepadanya. Ia juga berkeupayaan untuk mengawal aktiviti biotik dan mengelak daripada jangkitan kuman. Oleh itu, gigi yang disosok dengan kayu sugi mempunyai keupayaan untuk menanggalkan plak lebih baik daripada kaedah cungkil atau memberus. Walaupun anda hanya menggosakkan beberapa batang gigi sahaja, elektron boleh tesebar ke gigi lain yang bersebelahan sekiranya gigi tersebut bersentuhan atau rapat.

Plak di bahagian belakang gigi juga akan tertanggal walaupun tidak dicapai oleh kayu sugi. Dengan hanya menggosok di bahagian hadapan gigi, bahagian belakangnya juga turut mendapat elektron yang membantu menaggalkan plak dengan sendiri, insyaAllah.
Oleh itu, menggosok tidak perlu sehingga mencapai ke seluruh permukaan gigi termasuk belakang dan garham belakang. Kecuali jika terdapat renggangan gigi, maka gigi yang renggang dan tersebut perlu digosok kerana elektron tidak mengalir dengan sempurna daripada gigi hadapan.

Berus Gigi Linen atau Plastik
Terdapat pelbagai jenis berus atau pembersih gigi di pasaran. Begitu juga dengan ubat gigi. Mereka membuat pelbagai teknik dan dakwaan. Antara teknik yang digunakan ialah seperti mesen getaran, mesen yang memutarkan berus, pengurut gusi daripada getah, pembersih lidah dan sebagainya. Berdasarkan kajian saintifik, memberus dengan pelbagai cara menggunakan berus linen atau plastik walaupun berus tersebut dibuat dengan rekabentuk yang canggih, sebenarnya tidak akan membantu membersihkan menanggalkan plak dengan berkesan.

Berus yang diperbuat daripada linan atau plastik amat mudah memerangkap bakteria. Itu lah sebabnya persatuan doktor-doktor gigi menyarankan agar berus gigi ditukar setiap DUA bulan sekali! Mungkin anda lihat berus gigi tersebut masih baru dan belum rosak atau berusnya masih keras, tetapi ia sudah boleh memudaratkan kesihatan gigi.
Kerisauan Yang Berasas..
Di pasaran dunia dan Malaysia khususnya terjadi lambakan barangan keperluan yang diperbuat daripada sumber yang haram dan beracun. Berdasarkan kepada Panduan Halal Haram yang di keluarkan oleh Consumer Association of Penang (2006),
“Lazimnya berus yang diperbuat daripada bulu babi dilabelkan sebagai ‘Pure Bristle’. Selain berus lukisan, berus cat, berus menggosok kasut dan songkok, berus gigi dan berus cukuran dikhuwatiri mengandungi bahan haram ini.”
Disaat umat islam dilanda kebimbangan mengenai status barangan halal khususnya keperluan dalam menjaga kesihatan mulut, Nabi SAW telah memberikan satu solusi yang terbaik sejak 600M yang lalu. Pada zaman nabi telah terdapat pelbagai jenis alat pembersih mulut seperti powder tetapi siwak tetap menjadi pilihan Baginda s.a.w.

Alat Komunikasi Tercanggih

Di zaman sains dan teknologi ini, pelbagai alat canggih dicipta untuk tujuan komunikasi.

Telefon pintar.


Keupayaan internet yang tinggi.

Pengangkutan yang pantas dan efisyen.

Segalanya demi manusia berhubung dengan lebih efektif, mudah-mudahan produktif.



Namun............

rumahtangga masih berantakan, politik dalaman organisasi di pejabat dan persatuan tidak berkesudahan,

salah faham antara bangsa dan negara menumpahkan darah, semacam manusia itu tidak faham antara satu sama lain. Seperti tidak berkomunikasi.

Di era sahabat, berlaku konflik yang kritikal pasca pembunuhan Uthman bin Affan, antara Ali dan Muawiyah radhiyallahu ‘anhum. Ali di Mekah, Muawiyah di Syam, sisi pandang antara satu sama lain tentang keutamaan dalam tindakan, sukar ditemukan kerana logistik yang begitu menjarakkan.

Tetapi krisis yang boleh meruntuhkan kuasa itu berhasil diamankan di era Muawiyah radhiyallahu ‘anhu apabila diskusi, faham memahami, bertolak ansur dan mengutamakan apa yang utama, berjaya dicapai.
Hasil komunikasi.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Kepakaran-Nya (akan keadaan dan amalan kamu). [Al-Hujuraat 49: 13] 

Justeru benarlah, alat komunikasi paling canggih bukan telefon pintar atau internet 4G.

Alat komunikasi paling tinggi adalah HATI.

Menjadikan komunikasi bukan subjek teknikal, tetapi sains kemanusiaan.

Memahami tabiat manusia dalam berinteraksi.

By : SaifulIslam