Bercinta..aah soal cinta
ini soal remeh,di usia aku yang baru menjangkau 20 an nie tidak seharusnya aku
ambil pusing dalam hal-hal begini.cetus hati jimmy yang merupakan salah seorang
penuntut di sebuah universiti.
Jam di dinding menunjukkan
pukul 1.30 pagi.tetapi entah mengapa mata dan hati jimmy terasa sukar untuk
dilelapkan,tidak seperti hari-hari biasa.letak saja kepala diatas bantal maka
hati dan mata terus layu seperti angin ditiup bayu.
Malam ini perkara
sebaliknya berlaku. sukar sungguh jimmy ingin lelapkan mata.pelbagai perkara
difikirkan, baik soal pelajaran sehingga soal percintaan.persoalan itu
seakan-akan anak kecil yang berkeliaran di sisi jimmy,memimpin jimmy untuk
memikirkan kejadian pagi tadi sewaktu di kelas pengajian ustaz yusof.
Qistina merupakan salah
seorang muslimat yang sama-sama aktif dan istiqomah menadah kitab-kitab
karangan ulama dengan ustaz yusof.teringat jimmy sewaktu dia mula-mula terlibat
dengan kumpulan halaqah yang dipimpin ustaz yusof.banyak perkara dan perubahan
positif berlaku pada dirinya.dan yang lebih manis lagi penglibatan dia di dalam
halaqah tersebut telah menemukan dia dengan qistina.
Bila berbicara mengenai
perihal qistina.amat sukar sekali mendengar perkara-perkara buruk mengenainya.
Baik akhlaknya,lemah lembut,kuat beragama, tinggi nilai prinsip hidup dan
ditambahkan dengan wajah putih kemerah-merahan menjadikan qistina seorang
muslimat idaman setiap muslimin sebagai calon teman hidup.
Kejadian pagi tadi sedikit
sebanyak menganggu ketenteraman hati jimmy. Dalam diam dia sebenarnya terpaut
hati dengan qistina,tetapi perasaan itu tidak diendahkn sangat kerana
tumpuannya pada gerakkerja dakwah dan pelajaran dilihat perlu diutamakan dulu.
Yang merungsingkan hati
jimmy bila mana dia mendapat kabar bahawa qistina bakal dilamar oleh sahabat
baiknya sendiri,khairuddin. Teringat kisah perkenalan dengan khairuddin sewaktu
sama-sama mendaftarkan diri di universiti dulu. Wajah tenang dan tinggi lampai
menjadikan khairuddin seorang yang sangat disenangi dan sedikit sebanyak
menjadi perhatian pelajar siswi di kelasnya.keterlibatan khairuddin dalam
halaqah juga menjadikan hubungan jimmy dan khairuddin sangat akrab.
Tetapi bila berkait dengan
soal hati, jimmy menjadi buntu dan kusut.bunga yang selama ini menjadi
impiannya bakal dipetik oleh sahabat baiknya sendiri.ingin dihalang tangan yang
memetik, tangan itu banyak berjasa kepadanya.fikirannya kusut,wajah qistina
tiba-tiba terbit dibenak fikirannya.
Bingkas jimmy beristighfar
panjang,lalu ditinggalkan tempat tidurnya menuju ke surau berhapiran bilik
asrama kediamannya.jimmy mengambil wudu’ untuk membolehkan dia menunaikan solat
dengan harapan fikiran dan hatinya kembali tenang. Kesunyian suahsana surau ditambahkan
dengan cahaya lampu yang malap membantujimmy untuk menyembah sujud kepada Yang
Maha Esa.
Seusai solat,jimmy
mencapai senaskah al-quran lalu dibacakan dengan teliti sehingga sampai pada
ayat ke 26 surah an nur yang bermaksud “(Lazimnya) perempuan-perempuan yang
jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk
perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik
untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan
yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang
dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh
pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.”
Tiba-tiba peristiwa 3
tahun lepas kembali menerjah benak fikiranya.kisah percintaan bersulamkan hawa
nafsu antara dirinya dengan linda,bekas kekasihnya yang dikenali semasa
menuntut di matikulasi. Percintaan yang penuh noda dan dosa itu kembali
menghimpit jiwa jimmy. Jimmy awalnya merupakan seorang pemuda yang liar,tidak
menitikberatkan soal agama.tetapi hidupnya berubah bila terlibat dengan halaqah
yang banyak mengajarnya erti keindahan hidup beragama.jimmy bersyukur atas
hidayah yang dikurniakan Allah swt kepada dirinya.sehingga dia tekat
meninggalkan linda yang tidak senang dengan perubahan positif yang berlaku
kepada dirinya.
Jimmy hari ini adalah
jimmy yang sayangkan agamanya,bukan seperti jimmy yang dulu,jimmy yang hidup
tiada matlamat,bergelumang dengan maksiat,solat entah kemana,halal haram tidak
dipedulkan.jimmy yang ada pada hari ini merupakan jimmy yang ingin menjadi
hamba ALLAH swt yang taat dengan segala perintah ALLAH swt dan menjauhi
laranganNya.bisik hati kecil jimmy.
Tanpa disedari titisan air
mata kekesalan dan kesyukuran mengalir membasahi pipi.jimmy terus mengangkat
tangan dan berdoa supaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu dan lantas
sujud tanda kehambaannya pada ALLAH swt.
Selesai munajat kepada
Yang Maha Esa.jimmy merasa tenang,segala kekusutan seakan-akan hilang,lenyap
begtu sahaja.benarlah dengan mengingati Allah swt itu hati menjadi tenang.jimmy
merebahkan dirinya di satu sudut surau untuk melelapkan mata.terasa tenang
berada di taman-taman syurga.jimmy memejamkan mata sambil berzikir sehingga
terlena.
Keesokkan harinya dilalui
jimmy dengan penuh bersemangat.dipenuhi aktiviti hariannya dengan menghadiri
kelas-kelas pengajian di surau dan masjid untuk mempersiapkan dirinya sebagai
pendakwah.teringat kuliah yang disampaikan oleh ustaz yusof dalam halaqah.ustaz
mengatakan barangsiapa menginginkan kebahagiaan di dunia dia mestilah berilmu
dan barangsiapa yang menginginkan kebahagiaan di akhiran dia juga mesti berilmu.
Tiba-tiba talifone jimmy
berbunyi menunjukkan di skrin talifone nombor 012-9391***.nombor tiada dalam
simpanan jimmy.
Assalamualaikum,
Waalaikumusalam,
Maaf menganggu ini jimmy yang becakap?
Ya, ini jimmy bercakap,siapa nie?
Nie ana qistina.
Terkesima seketika jimmy menyambut suara lembut yang rupanya milik qistina.
Emm,yea qistina ada apa yea?
Begini jimmy,emm..
Yea kenapa?
Khairuddin minta ana sampaikan sesuatu
kepada enta.dia kata barang nie khas buat enta dan dia minta ana sampaikan pada
enta hari nie. Jadi ana sekarang di madrasah al-taqwa,boleh enta datang sini
pada jam 4.00 petang untuk ambil baranga nie?
Insya’allah ana lapang selepas jam 3.30 petang.ana akan ke madrasah
nanti.syukran atas bantuan ya ukhti. Assalamualaikum
Waalaikumussalam.
Pelbagai persoalan timbul dibenak fikiran
jimmy.wajah khairuddin menjelma di fikiran.kebelakangan ini khairuddin
dirasakan jimmy tidak semesra dahulu,dia banyak menyendiri.kurang bercakap,dan
sering saja pulang kekampung. Ahh mungkin dia sibuk menguruskan walimahnya dan
mungkin barang yang ingin disampaikan itu merupakan kad undangan perkahwinan
antara dia dan qistina.
Tetapi mengapa tidak dia sendiri yang
memberikan kad undangan itu kepadaku?.adakah dia mengatahui aku juga mempunyai
hati dengan calon isterinya?.bisik jimmy keseorangan.sebenarnya sudah seminggu
lebih jimmy dan khairuddin tidak bertemu.di pengajian halaqah ustaz yusof pun
khairuddin sudah lama tidak kelihatan.jika sibuk menguruskan majlis perkahwinan
sekalipun takkan sampai mengabaikan tuntutan menuntut ilmu.bisik hati jimmy.aah
mungkin dia ada di pengajian-pengajian lain. fikir jimmy yang cuba bersangka
baik kepada sahabatnya.
Dari kejauhan terlihat kelibat seorang
muslimah yang bertudung labuh berwarna putih dan berjubah pink berjalan ayu
sambil memegang sepucuk surat.
Betul sangkaanku ini mesti kad undangan perkahwinan,bisik
hati jimmy
Assalamualaikum, sapa qistina
Waalaikumusalam, jawap jimmy sampil
tersenyum untuk menutupi perasaan sebenarnya.
Surat apa nie? Kad undangan perkahwinan
ya? Gurau jimmy sambil mengambil sepucuk sampul surat yang dihulurkan kepadanya
Ada pulak,nie amanah dari akhi
khairuddin,katanya dia mahu berikan kepada enta.sebenarnya sudah 2 minggu lebih
surat nie berada dengan ana.tetapi akhi khairuddin mahukan surat ini diserahkan
pada hari ini,oleh sebab itu ana laksanakan sebagaimana diamanahkan.
Mengapa tidak dia sahaja yang serahkan pada ana? Kenapa perlukan enti
sebagai perantara? Soal jimmy sambil membuka sampul surat tersebut.
Entah la.jawap qistina
ringkas
Didalam sampul surat tersebut ada sekeping cek bernilai rm 8000 ringgit dan
berserta sekeping surat yang berbunyi;
Ukhuwah fillah abadan
abada.................
Assalamualaikum sahabat kesayanganku akhi jamaluddin
a.k.a jimmy
Sesungguhnya perkenalan kita merupakan satu perkara yang
terindah buat ana.sebelum ana mulakan ana ingin memohon maaf atas segala salah
silap ana terhadap enta.dan mungkin enta akan marahkan ana selepas membaca
surat ini.maafkan ana wahai sahabatku,,
Pertamanya ana mulakan dengan firman Allah swt dalam
surah ali imran ayat 102 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman!
Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan
sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”
Genggamlah islam itu dengan genggaman yang kuat agar ia
tidak terlepas dari dirimu,perhiasilah dirimu dengan ilmu dan akhlak yang mulia
sahabatku.sesungguhnya kita bertemu,berkasih sayang,suka dan duka,susah dan
senang semuanya kerana Allah swt. Oleh itu sahabatku jadikanlah ia satu ilmu
kehidupan yang berharga dan bernilai.
Sahabatku jimmy..
Kebelakangan ini ana sering menyendiri,menjauhkan
diri,kurang berbicara maafkan ana kerana berperilaku sedemikian.ana sebenarnya
tidak mampu untuk menghadapkan wajah murung ini kepada sahabat.ana tidak mahu
wajah ini merungsingkan jiwa sahabat.pasti diri akan kusut berfikir jika enta
mengatahui apa yang ana hadapi.sesama enta menerima surat ini bermakna ana
sedang didalam bilik bedah di hospital.ana sebenarnya menghidapi barah otak
pada tahap ketiga dimana pembedahan yang dilakukan mengundang 75% risiko
maut.jadi ana sudah bersedia untuk sebarang kemungkinan yang akan terjadi.Cuma
harapan ana jagalah agama yang ada dalam diri.dan berserta surat ini ada cek
bernilai rm 8000 ringgit hasil jualan novel ana yang diusahakan
dahulu.gunakanlah duit itu untuk menyempurnakan separuh daripada agamamu
sahabat,menikah lah,berita ana melamar qistina adalah benar,tetapi bukan untuk
diri ana tetapi untuk sahabat ana yang sangat ana sayangi iaitu akhi
jamaluddin...nikahilah qistina,ana tahu apa hasrat hati enta sejak mula enta
mengenali qistina.ana sudah maklumkan hal ini kepada ustaz yusof dan jalannya
telah terbuka.kini enta hanya perlu melangkah..selamat berbahagia sahabat...
Yang benar,
khai
KHAIRUDDIN............Ya Allah apa yang
dah aku lakukan ini Ya Allah..dia menyayangiku sedangkan aku menyangkakan
perkara yang tidak baik terhadapanya.detik jimmy sambil air mata yang
seakan-akan tidak dapat dibendung lagi deras membasahi pipinya.
Enjin moto dihidupkan,jimmy terus menuju
ke hospital. Sepanjang perjalanan jimmy berdoa agar sahabatnya selamat
menjalani pembedahan kerana ingin sekali dikucup dahi sahabatnya itu memohon
ampun atas segala salah silapnya.
Ruangan tempat menunggu hospital penuh
dengan sanak saudara khairuddin. Terlihat jimmy akan fakaruddin abang kepada
khairuddin:
Abang fakar!! Bagaimana keadaan
khairuddin?? Soal jimmy sambil menitiskan air mata.
Khairuddin dah tak da jimmy..khairuddin
menghembuskan nafas terakhir selepas 15 minit selesai pembedahan..ALLAH swt
lebih menyayanginya.kata abang fakaruddin
Ya
Allah.....innalillahi wainna ilaihirojiun...khairuddin. abang fakar ana nak
tengak jenazah khairuddin
Mari ikut abang..
Jimmy melangkah lemah
menuju kearah sekujur badan yang ditutupi kain putih di dalam bilik.pelahan
diselak kain tersebut menampakkan wajah sahabat yang pernah besama suka
duka,kini kaku tidak bernyawa..
Lantas saat dahimu
kukucup tanda uhkuwah kita akan kekal sehingga ke akhirat..tunggu ana
khairuddin..bisik jimmy lemah
-Tamat-